Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 11, 2013

seolah-olah tak percaya berita ini telah menular ke setiap telinga aku mula menyiasat kesahihannya agar tiada sebarang keraguan untukku terus berwaspada tapi penyakit ini dikatakan adalah penyakit bermusim lagipun ianya hanya berjangkit lima tahun sekali simtom utamanya ialah jika seseorang itu terasa makhluk halus terngiang-ngiang di kedua-dua cuping telinga lalu mendidih di sanubari selepas itu mulut dihinggapi bakteria entah dari mana gatalnya bukan kepalang penyakit ini adalah penyakit merbahaya jika anda tidak cekap menghindarinya menurut petua seorang rakan kita harus menutup hidung dan telinga jika ada yang disyaki pembawa penyakit ini pembawa penyakit ini amat merbahaya kerana akan menghancurkan masa depan generasi seluruhnya jika pun kita tak terkena penyakit ini,apalah gunanya... jika generasi kita di negeri ini sentiasa terhidu bau bangkai yang sangat busuk lagi meloyakan 11.2.2013 11.00PM

Wednesday, August 8, 2012

Tahun lalu semasa seorang rakan sekelas saya menyatakan hasrat untuk menyumbang sesuatu yang amat bermakna di Sk Pandasan yang secara kebetulannya saya merupakan Penolong Kanan 1 di sekolah tersebut. Tanpa berfikir panjang say jemput rakan itu untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG yang diadakan bulan mac tahun lalu. Semasa merasmikan mesyuarat agung PIBG beliau menegaskan agar PIBG bersedia untuk membuat tabung insentif UPSR. "Jika seorang bapa sanggup berbelanja di kedai-kedai kopi atau warung sejumlah wang sepuluh ringgit,apakah anda tidak sanggup untuk menyumbangkan seringgit sahaja dalam tempoh sebulan. Maknanya jika ibu bapa di Pandasan seramai 100 orang,maknaya didarab dengan 12 bulan yakni tempoh setahun,jumlah kutipan ialah RM1,000.00 setahun. Jika PIBG ada RM1,000.00 setahun maknanya ibu bapa telah dapat menyediakan insentif UPSR yang amat berguna untuk masa depan anak-anak,katanya. Amanat tersebut bagi saya amat berguna kepada warga SK PANDASAN kerana apa yang penting bagi saya bukan jumlah wang tersebut tetapi nilai pendidikN tersebut. Buat permulaannya,rakan saya itu telah menyerahkan wang tunai sejumlah RM1,000.00 kepada pihak sekolah dengan harapan langkah itu akan dapat disusuli oleh PIBG. Tetapi malangnya,sehingga kini warga Pandasan belum dapat memahami idea tersurat dan tersirat daripada Hamba Allah itu. Saya berdoa mudah-maudahan suatu hari nanti warga Pandasan akan daapat merealisasikan idea tersebut. Mesejnya ial ah untuk mencemerlangkan pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai budaya hidup. Saya amat yakin hanya dengan pendidikan sahaja seseorang itu akan berubah kehidupannya. Bayangkan jika seseorang ibu bapa itu seorang petani miskin, tidak mustahil suatu masa kelak kehidupannya akan mewah kerana anaknya berjaya mendapat tempat sebagai jurutera,guru atau doktor. Bagi warga Pandasan khususnya ibu bapa,marilah sama-sama kita mengembeleng tenaga dan usaha ke arah kecemerlangan sekolah. Tanpa anda yang datang berbincang dengan kami atau menyumbang idea buat sekolah, amat mustahillah kejayaan akan dapat dikecapi. Semoga usaha murni dan niat yang ikhlas untuk merubah sekolah menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2016 akan tercapai dan kampung Pandasan akan berubah wajah kerana kebanyakan produk dari sekolah ini telah bekerjaya dan berpandangan jauh kerana pendidikan sahajalah yang menjadikan mereka sedemikian.

Sunday, August 5, 2012

Salam ...kesempatan hari ini, Saya akan Cuba untuk mengimbas kembali zaman persekolahan bersama rakan-rakan pada era 70-an . Baru-baru ini Saya terserempak dengan seorang rakan lama yang kini bertugas di Kota Marudu. Dunia terlalu cepat berubah,katanya. Semasa sama-sama di bangku sekolah zaman 70an dia mengakui Saya merupakan seorang murid yang selalu dibuli. Pernah Suatu ketika guru menghina tulisan Saya. Rakan itu tidak menyangka sama sekali perubahan yang ada pada diri ini. Itulah hikmahnya guru menghina tulisan Saya. Sama sekali Saya tidak berdendam terhadap guru itu. Jika bukan Kerana dihina kemungkinan Saya tidak berada di tahap sekarang ini. Bukan memuji diri tetapi sekurang-kurangnya Saya dapat membuktikan bahawa seorang murid yang Lemah seperti Saya di peringkat sekolah rendah pun boleh berjaya sama seperti orang lain. Siapa sangka murid yang dihina menjadi orang penting dalam dunia pendidikan sekarang ni, kata Kawan Saya tu mengulangi ayatnya. Saya cukup yakin bahawa usaha dan ketentuan Allah yang menganugerahkan seseorang untuk berjaya. Selain itu doa ibu bapa tanpa jemu sebagai sokongan terhadap anaknya amat penting dilakukan. Saya amat yakin dan percaya bahawa doa ibu bapalah yang membuatkan Saya begini.

Saturday, January 14, 2012







Pada 14 Januari 2012 telah diadakan Bengkael Pelan Induk Pembangunan Sekolah(PIPS) 2012-2016. Bengkel tersebut diadakan untuk berkongsi idea bagi mencapai kecemerlangan sekolah melalui strategi yang dirancang berdasarkan isu,kekuatan dan kelemahan dalam sistem pengurusan kurikulum,HEM,KOKUM dan peningkatan akademik murid.

Sebelum bengkel dimulakan,saya telah membentangkan kertas kerja 'Bersama Memacu Kecemerlangan SK Pandasan. Saya menitiberatkan betapa pentingnya komitmen,kerjasama padu di kalangan pentadbir,para guru KTBM dan ibu bapa untuk menjayakan organisasi. Saya juga menerangkan konsep pemasaran pendidikan agar pendidikan itu sentiasa diminati oleh setiap insan.

Sesungguhnya bengkel yang diadakan itu menjadi titik tolak bagi merencanakan kecemerlangan. Dalam konteks ini kecemerlangan sebenarnya bukan dirancang oleh seorang individu sahaja. Tetapi kecemerlangan yang hakiki seharusnya dikongsi bersama dan digerakkan dalam satu team work. Keikhlasan juga amat penting bagi mencapai kecemerlangan kerana tanpa keikhlasan semuanya hanya dilakar cantik di atas kertas sahaja. Komitmen belum cukup,kerana tanpa keikhlasan setiap perancangan akan terbengkalai di pertengahan jalan.

Sehubungan itu,saya juga mengingatkan warga pendidik SK Pandasan agar memasang niat ikhlas dengan hati yang suci bersih. Hanya hati yang bersih dapat mewujudkan keikhlasan kerana di samping bekerja keras doa dipohon kerana harus dingat bahawa Tuhan yang maha mengetahui segalanya dan membalas segala usaha murni dan niat baik yang telah dilaksanakan.

Friday, December 30, 2011



  • Sebelum ini, Washington pernah menyenaraihitamkan Malaysia bersama beberapa buah negara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan Malaysia menafikannya. Undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara penyeludupan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.

Tindakan Kanada yang mula kenakan Visa terhadap rakyat Malaysia ada kena mengena dengan kes Mykad palsu yang berleluasa sebelum ini. Memang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya. Cuba lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan lambakan pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Setiap kali polis buat serbuan dit pusat hiburan atau rumah urut, pasti mereka tidak akan “pulang dengan tangan kosong. Mesti ada yang dapat sangkut warga asing china dan Indonesia. Bukan sikit-sikit, berduyun=duyun pulak tu.

Sejak akhir-akhir ini isu pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia sudah menjadi satu virus yang paling berbahaya. Lebih bahaya dari H1N1. Antara kesan-kesan yang dah semakin ketara disebabkan pendatang asing tanpa izin di Malaysia yang dilihat ketika ini semakin bermaharajalela atau bahasa kasarnya “dah naik kepala” :

  1. Jenayah tanpa rekod atau memang dah terlampau banyak. Samun, kes cabul. Bak kata mudah, apabila pihak berkuasa pasang jerat sahaja tak sampai 10 minit akan ada tangkapan.
  2. Peluang pekerjaan part time untuk rakyat Malaysia semakin kurang. Ini kerana pekerja asing ini boleh tidur dan makan di tempat kerja. Sebahagian besar daripada mereka, diakui ramai rajin datang awal, rajin bekerja dan tidak kisah kerja lebih masa serat tidak memilih untuk bekerja.
  3. Pernah lihat pekerja bangla membeli-belah di Mydin ataupun Tesco contohnya? Sampai tak cukup tangan…….Natijahnya?
  4. Masalah setinggan
  5. Akan keluar lagi banyak pendaftaran negara enterprise. Setakat mykad dan passport, mudah-mudah sahaja mereka ditipu
  6. Rakyat Malaysia sudah mula rasa tidak selamat di negara sendiri dan takut keluar rumah sedangkan pendatang haram ini bebas berkeliaran yang bergerak selalunya dalam kumpulan

pendatang asing tanpa izin3 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia Bermaharajalela!!

Sekurang-kurangnya kalau dah tak boleh selesaikan gelombang pekerja asing yang HALAL, cari mekanisme yang terbaik untuk banteras habis-habisan pekerasing tanpa izin di Malaysia. Tidak kisah, pendatang asing yang datang untuk bekerja. Memang kita perlukan namun bukan sehingga kita dah jadi terdesak macam sekarang. Cuba pergi di Klang, dah macam negeri PATI pula. Sarawak dan Sabah jangan cakapla…..sampaikan rakyat mereka dah letih menerima “takdir” yang menerima mereka.

Kalau di Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita? Siap bagi selimut bantal lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini. Sehingga kita dipijak-pijak oleh mereka.

Kadang-kadang isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia ini takkan habis sebab puncanya dari rakyat kita sendiri. Apakah puncanya?

  • Bila ada kes baru terhegeh-hegeh nak buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung kepada Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan konsisten tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, kena ada arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.
  • Operasi yang dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis. Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara suka hati, sembrono. Ini semua karenah birokrasi yang telah wujud sekian lama di negara. Kalau di England, kalau kau salah tetap salah tak kira apa pangat sekalipun. Sebab itu polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun. Kalau di Malaysia?
  • Rasanya kerajaan kurang ‘susahkan’ PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan, terutamanya di kawasan “hitam” bagi pendatang asing tanpa izin. Jika kita susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya ‘panas’ jugak mereka untuk tinggal di Malaysia. Ini tidaknya banyak betul masa “honeymoon” untuk mereka berbanding serbuan yang dibuat.
  • Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena main peranan Jangan takut untuk laporkan kehadiran PATI. Jika ada yang mengetahui PATI yang berniaga. BOIKOT sahaja.
  • Suka atau tidak, inilah realitinya. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan pihak berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Yang tidak mengambil rasuah, kami ucapkan TAHNIAH untuk anda.
  • Tiada permit kerja tetapi nak hire pekerja asing!! Maka berbondong-bondonglah mereka datang dengan pas lawatan hingga tamat tempoh!!

pendatang asing tanpa izin2 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia Bermaharajalela!!

Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kos penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009. Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. RM30.2 juta itu wang cukai dikutip daripada kita semua. Anda tidak terasa ker selain duit cukai anda digunakan di sini. Apa kata pembayar cukai di sini?

Kerajaan hantar pulang 10 pendatang asing tanpa izin, 2 minggu lagi 100 yang akan datang semula

Ini merupakan berita yang dipetik daripada akhbar Kosmo yang pernah disiarkan sebelum ini. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi:

KLANG : Ada berapa ramai penumpang dalam bot? Kalau tak lebih (jumlah orang) kami tak periksa. Itu antara perbualan yang sayup kedengaran di luar bot pancung yang dinaiki wartawan Kosmo! Menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Ia dipercayai antara pihak berkuasa yang memantau perairan negara dengan ejen sindiket menyeludup PATI ke Malaysia semasa bot itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju Pelabuhan Klang dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia.

Apa yang mengejutkan, bot yang sarat dengan penumpang itu langsung tidak diperiksa sebaliknya dibenarkan beredar setelah berpuas hati dengan jawapan daripada ejen sindiket berkenaan. Itulah senario yang berlaku di perairan negara apabila wujudnya? Sehinggakan aktiviti penyeludupan manusia yang kini semakin menjadi-jadi.

Malah perkara tersebut diakui sendiri oleh ejen sindiket yang memberitahu, kegiatan menyeludup manusia bukannya baru tetapi sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu. Dengan hanya menggunakan bot-bot pancung yang didaftarkan untuk membawa ikan dan sayur-sayuran, membolehkan mereka membawa masuk dan keluar PATI di negara ini. Apa yang mereka perlu sediakan adalah “wang pelincir”?

Kata ejen sindiket yang dikenali sebagai Yusri mengatakan yang perjalanan mesti bermula pada waktu malam. Jelasnya, dia telah melakukan kegiatan itu hampir 15 tahun lalu bermula dengan penghantaran ikan namun hasil pergaulan dengan ramai orang, dia mendapat lubang untuk menambah pendapatan dengan menyeludup manusia. Sayaenggak berani pada mulanya tetapi bila tahu lubang ini selamat untuk dilalui baru, boleh bergerak.

Selagi lubang tidak dibuka, selagi itulah semua penumpang kena tinggal di rumah transit yang kita sediakan,? katanya yang menyangka wartawan Kosmo berasal dari Jawa Tengah. Katanya lagi lubang tersebut perlu dibayar untuk membuka laluannya dan penjaganya juga perlu diketahui dari awal atau terpaksa berhadapan risiko ditahan. Tambahnya, untuk melakukan kerja tersebut, apa yang penting mesti kenal ramai orang terutama orang yang ada kuasa.

Sunday, December 25, 2011









Semasa bercuti di Tawau,saya bertuah dapat bertemu dengan seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun(pra sekolah) yang merupakan anak kepada sahabat lama isteri saya,Cikgu Zainab yang bertugas di SMK Kuhara,Tawau. Di awal pertemuan,saya hanya nampak kenakalan seorang kanak-kanak. Tetapi saya amat tertarik dengan budi bahasanya yang suka menghormati orang tua dan sikap yang suka membantu isteri saya mengangkat barang-barang yang dibeli. Semasa emaknya mengajak kami ke pasar Tawau,Haikal menawarkan saya untuk menjaganya di dalam kereta bersama kakaknya dan anak saya,Mardhiyyah.

"Pakcik,jagalah kami di sini", katanya.
Saya tahu naluri sorang kanak-kanak yang suka bermain sesama sendiri.

Cikgu Zainab menemani isteri saya membeli ikaan masin dan udang kering di Pasar Tawau,manakala saya terpaksa melayani kerenah Haikal bersama kakaknya dan Mardhiyyah di dalam kenderaan emaknya. Kemesraan seorang anak terpancar di wajahnya apabila berkali-kali cuba memelukku sambil mengajukan pelbagai pertanyaan.

Saya dan Haikal sempat bergambar bersama semasa di kediaman mereka. Memang saya perhatikan dia seorang anak yang muda mesra dan tidak menghampakan permintaan saya untuk mengabadikan gambar kenangan bersamanya. Sepanjang pengalaman saya,bukan mudah untuk mengajak kanak-kanak seusia Haikal untuk bergambar bersama. Tapi Haikal mudah menerima pelawaan,malah sempat menunjukkan aksi menarik di depan kamera.

Semasa kunjungan kami ke Bukit Tengkorak,Haikal sentiasa meminta saya untuk mengambil gambar.

"Marilah kita naik pakcik!,pakkcik ambil gambar saya,pakcik.Jomlah pakcik!". Sepanjang menaiki tangga hingga ke stesen 3 Bukit Tengkorak,Haikal tak serik menyapaku.

Haikal ternyata seorang anak yang cerdik dan dalam masa yang sama mudah mesra dengan sesiapapun. Saya tak sempat bertanya kepada Haikal akan cita-citanya pada masa hadapan. Cuma saya beranggapan Haikal akan menjadi seorang anak yang berbakti kepada orang tua dan negaranya. Sesungguhnya kecerdikan anak seperti Haikal boleh dididik menjadi pemimpin pelapis kerana merekalah yang mewarnai generasi masa hadapan dan seterusnya.

Haikal boleh menjadi pemimpin rakan sebaya dan di dalam lingkungan kanak-kanak seusianya. Haikal harus diasuh dan dimotivasikan menjadi warga yang berguna kerana ciri-ciri kecerdikan sedemikian amat diperlukan oleh generasi seterusnya. Kita tidak mahu generasi akan datang rosak dan porak paranda akibat kemiskinan nilai kemanusiaan di dalam diri. Pembangunan fizikal harus diseimbangkan dengan pembangunan rohani seseorang manusia. Negara akan hancur jika mengabaikan nilai-nilai pembangunan insaniah.

Sesungguhnya,amat beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak seperti Haikal. Mungkin juga ada anak-anak di luar sana yang cerdik dan berbudi bahasa seperti Haikal. Oleh itu mereka perlu dijaga sebaiknya dan diasuh untuk menanam sikap suka membantu dan berbudi bahasa. BUDI BAHASA AMALAN MULIA.

Perpisahan dengan Haikal menjadikan saya manusia sepi, namun terfikir untuk melihat kejayaannya suatu masa kelak jika dizinkan oleh-NYA. InsyaAllah...

SAYA DAN SAHABAT LAMA,HAIRUL SALLEH(KANAN)

MAKAN MALAM DI SEMPORNA

Dalam kunjungan saya ke Semporna untuk bercuti dengan keluarga,saya sempat bersama seorang sahabat lama,Hairul Salleh. Kami pernah sama-sama belajar di Maktab Perguruan Kent Tuaran.Kenangan yang tidak dapat dilupakan bersamanya ialah berbuka puasa bersama-samanya selama sebulan di bulan Ramadhan di mana semasa menunggu azan maghrib ada di antara rakan-rakan kami yang tidak sabar mahu makan. Ada di antaranya makan awal sebelum waktu maghrib. Alasan mereka matahari dah terbenam. Bermacam-macam cerita yang dapat kami imbas kembali dan memang menyeronokkan.

Hairul yang bertugas di SK Bubul semporna mempunyai jadual ketat, terpaksa mengorbankan masanya bersama saya dan keluarga untuk makan malam. Semasa makan saya hairan kerana dia makan ikan panggang sahaja,manakala udang rebus dan lain-lain makanan tidak disentuhnya. Konon nak jaga kesihatan.

Saya memberitahunya,saya tidak dapat berpantang untuk meraikan kawan walaupun doktor dah mengesahkan saya mengandungi kolestrol yang tinggi.

"Bagus kamu makan oat",katanya.
"Aku ni bukan setakat makan oat,tapi makan ubat yang diberi doktor. makan sebiji sehari", kataku.

Hairul memang maklum,bahawa kolestrol memang pembunuh senyap.Selalunya,orang kelihatan sihat tanpa sebarang tanda. Sebab itulah paling baik bagi seseorang yang ada kesedaran kesihatan,perlunya pemeriksaan darah setiap enam bulan sekali. Kos pemeriksaan khusus untuk kolestrol hanya RM25 sahaja.

Bukan takut mati,tapi kesedaran awal amat penting bagi mengetahui status kesihatan sebenar. Terlanjur bercerita pasal penyakit,Hairul memberitahu kami,ada seorang kawannya suka meminum minum tin yang bergas.Dah menjadi amalan kawannya itu,pagi,petang sehingga malam dan tidak semestinya selepas makan.

"Baik selepas makan atau pun di sekolah, kawan saya itu suka minum minuman bergas. Akhirnya badan menjadi kurus. Saya ingat dia ada masalah jiwa. Rupanya bila buat pemeriksaan doktor,beliau disahkan menghidap kencing manis.".

Menurut Hairul,walau bagaimanapun ada satu minuman tin yang ada faedahnya untuk diminum di saat seseorang mengalami sakit perut dan cirit birit. Bagi yang mengalami cirit birit,boleh mencuba minup SPRITE.
"Pada mulanya saya tak percaya.Tapi saya dah cuba,memang betul", kata Hairul.

Tapi apapun,bagi saya kesihatan adalah harta yang sangat bernilai di dunia ini. Tanpa kesihatan kenikmatan hidup tidak dirasa.Apalah gunanya berkereta mewah,berumah besar jika nikmat kesihatan tidak dirasai. Sesungguhnya bicara saya dan Hairul merupakan bicara yang memberi makna. Bagi kakitangan perkhidmatan awam yang ingin memilih opsyen 60 tahun,utamakanlah kesihatan kerana kesihatan yang baik menjadi penentu kepada kecemerangan tugas.