Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 8, 2012

Tahun lalu semasa seorang rakan sekelas saya menyatakan hasrat untuk menyumbang sesuatu yang amat bermakna di Sk Pandasan yang secara kebetulannya saya merupakan Penolong Kanan 1 di sekolah tersebut. Tanpa berfikir panjang say jemput rakan itu untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG yang diadakan bulan mac tahun lalu. Semasa merasmikan mesyuarat agung PIBG beliau menegaskan agar PIBG bersedia untuk membuat tabung insentif UPSR. "Jika seorang bapa sanggup berbelanja di kedai-kedai kopi atau warung sejumlah wang sepuluh ringgit,apakah anda tidak sanggup untuk menyumbangkan seringgit sahaja dalam tempoh sebulan. Maknanya jika ibu bapa di Pandasan seramai 100 orang,maknaya didarab dengan 12 bulan yakni tempoh setahun,jumlah kutipan ialah RM1,000.00 setahun. Jika PIBG ada RM1,000.00 setahun maknanya ibu bapa telah dapat menyediakan insentif UPSR yang amat berguna untuk masa depan anak-anak,katanya. Amanat tersebut bagi saya amat berguna kepada warga SK PANDASAN kerana apa yang penting bagi saya bukan jumlah wang tersebut tetapi nilai pendidikN tersebut. Buat permulaannya,rakan saya itu telah menyerahkan wang tunai sejumlah RM1,000.00 kepada pihak sekolah dengan harapan langkah itu akan dapat disusuli oleh PIBG. Tetapi malangnya,sehingga kini warga Pandasan belum dapat memahami idea tersurat dan tersirat daripada Hamba Allah itu. Saya berdoa mudah-maudahan suatu hari nanti warga Pandasan akan daapat merealisasikan idea tersebut. Mesejnya ial ah untuk mencemerlangkan pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai budaya hidup. Saya amat yakin hanya dengan pendidikan sahaja seseorang itu akan berubah kehidupannya. Bayangkan jika seseorang ibu bapa itu seorang petani miskin, tidak mustahil suatu masa kelak kehidupannya akan mewah kerana anaknya berjaya mendapat tempat sebagai jurutera,guru atau doktor. Bagi warga Pandasan khususnya ibu bapa,marilah sama-sama kita mengembeleng tenaga dan usaha ke arah kecemerlangan sekolah. Tanpa anda yang datang berbincang dengan kami atau menyumbang idea buat sekolah, amat mustahillah kejayaan akan dapat dikecapi. Semoga usaha murni dan niat yang ikhlas untuk merubah sekolah menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2016 akan tercapai dan kampung Pandasan akan berubah wajah kerana kebanyakan produk dari sekolah ini telah bekerjaya dan berpandangan jauh kerana pendidikan sahajalah yang menjadikan mereka sedemikian.

Sunday, August 5, 2012

Salam ...kesempatan hari ini, Saya akan Cuba untuk mengimbas kembali zaman persekolahan bersama rakan-rakan pada era 70-an . Baru-baru ini Saya terserempak dengan seorang rakan lama yang kini bertugas di Kota Marudu. Dunia terlalu cepat berubah,katanya. Semasa sama-sama di bangku sekolah zaman 70an dia mengakui Saya merupakan seorang murid yang selalu dibuli. Pernah Suatu ketika guru menghina tulisan Saya. Rakan itu tidak menyangka sama sekali perubahan yang ada pada diri ini. Itulah hikmahnya guru menghina tulisan Saya. Sama sekali Saya tidak berdendam terhadap guru itu. Jika bukan Kerana dihina kemungkinan Saya tidak berada di tahap sekarang ini. Bukan memuji diri tetapi sekurang-kurangnya Saya dapat membuktikan bahawa seorang murid yang Lemah seperti Saya di peringkat sekolah rendah pun boleh berjaya sama seperti orang lain. Siapa sangka murid yang dihina menjadi orang penting dalam dunia pendidikan sekarang ni, kata Kawan Saya tu mengulangi ayatnya. Saya cukup yakin bahawa usaha dan ketentuan Allah yang menganugerahkan seseorang untuk berjaya. Selain itu doa ibu bapa tanpa jemu sebagai sokongan terhadap anaknya amat penting dilakukan. Saya amat yakin dan percaya bahawa doa ibu bapalah yang membuatkan Saya begini.

Saturday, January 14, 2012







Pada 14 Januari 2012 telah diadakan Bengkael Pelan Induk Pembangunan Sekolah(PIPS) 2012-2016. Bengkel tersebut diadakan untuk berkongsi idea bagi mencapai kecemerlangan sekolah melalui strategi yang dirancang berdasarkan isu,kekuatan dan kelemahan dalam sistem pengurusan kurikulum,HEM,KOKUM dan peningkatan akademik murid.

Sebelum bengkel dimulakan,saya telah membentangkan kertas kerja 'Bersama Memacu Kecemerlangan SK Pandasan. Saya menitiberatkan betapa pentingnya komitmen,kerjasama padu di kalangan pentadbir,para guru KTBM dan ibu bapa untuk menjayakan organisasi. Saya juga menerangkan konsep pemasaran pendidikan agar pendidikan itu sentiasa diminati oleh setiap insan.

Sesungguhnya bengkel yang diadakan itu menjadi titik tolak bagi merencanakan kecemerlangan. Dalam konteks ini kecemerlangan sebenarnya bukan dirancang oleh seorang individu sahaja. Tetapi kecemerlangan yang hakiki seharusnya dikongsi bersama dan digerakkan dalam satu team work. Keikhlasan juga amat penting bagi mencapai kecemerlangan kerana tanpa keikhlasan semuanya hanya dilakar cantik di atas kertas sahaja. Komitmen belum cukup,kerana tanpa keikhlasan setiap perancangan akan terbengkalai di pertengahan jalan.

Sehubungan itu,saya juga mengingatkan warga pendidik SK Pandasan agar memasang niat ikhlas dengan hati yang suci bersih. Hanya hati yang bersih dapat mewujudkan keikhlasan kerana di samping bekerja keras doa dipohon kerana harus dingat bahawa Tuhan yang maha mengetahui segalanya dan membalas segala usaha murni dan niat baik yang telah dilaksanakan.