Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 14, 2012







Pada 14 Januari 2012 telah diadakan Bengkael Pelan Induk Pembangunan Sekolah(PIPS) 2012-2016. Bengkel tersebut diadakan untuk berkongsi idea bagi mencapai kecemerlangan sekolah melalui strategi yang dirancang berdasarkan isu,kekuatan dan kelemahan dalam sistem pengurusan kurikulum,HEM,KOKUM dan peningkatan akademik murid.

Sebelum bengkel dimulakan,saya telah membentangkan kertas kerja 'Bersama Memacu Kecemerlangan SK Pandasan. Saya menitiberatkan betapa pentingnya komitmen,kerjasama padu di kalangan pentadbir,para guru KTBM dan ibu bapa untuk menjayakan organisasi. Saya juga menerangkan konsep pemasaran pendidikan agar pendidikan itu sentiasa diminati oleh setiap insan.

Sesungguhnya bengkel yang diadakan itu menjadi titik tolak bagi merencanakan kecemerlangan. Dalam konteks ini kecemerlangan sebenarnya bukan dirancang oleh seorang individu sahaja. Tetapi kecemerlangan yang hakiki seharusnya dikongsi bersama dan digerakkan dalam satu team work. Keikhlasan juga amat penting bagi mencapai kecemerlangan kerana tanpa keikhlasan semuanya hanya dilakar cantik di atas kertas sahaja. Komitmen belum cukup,kerana tanpa keikhlasan setiap perancangan akan terbengkalai di pertengahan jalan.

Sehubungan itu,saya juga mengingatkan warga pendidik SK Pandasan agar memasang niat ikhlas dengan hati yang suci bersih. Hanya hati yang bersih dapat mewujudkan keikhlasan kerana di samping bekerja keras doa dipohon kerana harus dingat bahawa Tuhan yang maha mengetahui segalanya dan membalas segala usaha murni dan niat baik yang telah dilaksanakan.