Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 15, 2011

Kesedaran untuk menjadi pemimpin politik khususnya di dalam Umno di Kota Belud bolehlah dibanggakan kerana setiap tahun masing-masing menonjolkan diri dalam persaingan wakil7 setiap kali persidangan tahunan diadakan. Sebagai masyarakat Kota Belud kita wajar bangga dengan pembabitan mereka yang sudi menawarkan diri berkhidmat kepada masyarakat khusunya generasi muda. Kononnya penonjolan diri untuk bersaing dalam perandingan wakil7 dalam parti sekurang-kurangnya dapat mempromosi diri bahawa mereka orang berpengaruh dalam parti apatah lagi sebagai tiket untuk merapatkan diri dengan pemimpin atasan.

Pelbagai cara seseorang yang berminat menjadi pemimpin untuk melobi sebagai calon wakil rakyat menjelang pilihanraya akan datang. Ada di antaranya mempromosi persatuan suku kaum yang dipimpin atau terlibat dalam NGO yang menggunakan nama Islam sebagai menonjolkan populariti diri. Tidak kurang juga yang merapatkan diri dengan Ketua Bahagian,kononnya Ketua Bahagian yang memilih calon dan pelbagai versi cerita yang boleh didengar di kedai-kedai kopi. Tidak kurang juga yang mendaftarkan nama persatuan dan meletakkan diri sebagai presiden persatuan tersebut. Yang melucukian ada juga yang menghantar profil dengan agensi-agensi tertentu di mana kononnya pihak tertentu itu mencadangkan nama itu terus kepada Perdana Menteri Malaysia. Ada yang mengatakan telah dijanjikan oleh orang itu atau orang ini dan yang melucukan hanya RM50 nama telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab untuk menyenaraikan calon.

"Nama tuan masih di atas setakat ini", begitulah cerita yang saya sempat dengar di kedai kopi.Ada di kalangan mereka telah diberi duit saku untuk menyebarkan cerita kepopularan seseorang kerana pemerhati PM berkeliaran di kedai-kedai kopi masa ini.

Syyyy!!!!!,pelan-pelan cakap", kata seseorang kepadaku. Aku hairan seketika.
"Kenapa??', tanyaku selamba.
Kau tau tak sekarang ni orang PM berkeliaran untuk mengkaji siapa calon PRU ke 13.Kebanyakan mereka menyamar dan tak dikenali", jelas orang tu.

Demikianlah di antara gelagat kelompok yang memasang kuda atau ayam sabung masing-masing. Ada di antaranya sebagai Tok Dalang yang menjayakan wayang kulit.Cerita dijayakan oleh Tok Dalang,sementara yang lain hanya sebagai penontonnya.Tapi penonton kecewa jika hero dimatikan oleh Tok Dalang di akhir penceritaan. Ada yang kecewa,tak tak kurang pula yang ketawa kerana berjaya membuatkan orang lain kecewa.

Tapi siapa pun menjadi pemimpin,yang penting pemimpin sebenarnya adalah yang boleh melahirkan pemimpin masa kini dan yang akan datang. Sebagai pemimpin sejati ,diaatak khuatir dengan kelahiran pemimpin baru kerana matlamatnya untuk memakmurkan negara tercinta. Seseorang pemimpin yang sejati tidak khuatir dirinya dan kerabatnya disingkirkan kerana pemimpin sejati mahukan agamanya,bangsanya dan negaranya makmur. Tugas pemimpin sejati yang sebenarnya adalah melahirkan pemimpin yang berwibawa dan bukannya mahukan dirinya selama-lama berkuasa. Ilmu kepimpinan seharusnya diturunkan oleh pemimpin sejati. Bersyukurlah kita, jika ada pemimpin sejati seperti itu.

Dalam kita ke arah usaha untuk melahirkan pemimpin,melobi untuk menjadi pemimpin dan sebagainya,perlu direnung bersama akan peningkatan gejala sosial di kalangan remaja kerana merekalah bakal pewaris kepimpinan masa akan datang. Kegagalan untuk menghapuskan gejala sosial yang makin berleluasa memustahilan kelahiran pemimpin yang berwibawa. Persoalannya di mana letaknya peranan pemimpin (dalam skop Kota Belud) khususnya wakil-wakil Rakyat yang ada di KB pada masa ini. Ingatlah peranan anda juga untuk melahirkan pemimpin.

Selain untuk memperjuangkan kemajuan fizikal,jangan lupa pembangunan manusia/insaniah amat penting untuk kestabilan negara pada masa akan datang. Misalnya,amat penting di kalangan wakil Rakyat menyedari kebebasan seks di kalangan remaja,penyalahgunaan dadah dan tak kurang juga hebatnya isu HIV/Aids. Tetapi isu HIV/Aids orang tak gemar perkatakan. Isu HIV/AIDS tidak sehebat kesedaran untuk melobi calon dan bakal pemimpin. Sepatutnya, Kota Belud perlu melahirkan pemimpin yang memberi kesedaran HIV/Aids agar generasi kita tidak malap oleh wabak ini.

Suatu ketika saya pernah suarakan perkara ini kepada pemimpin pemuda agar membuat program kesedaran kepada masyarakat. Sehingga kini tiada sebarang usaha yang dibuat. Mungkinkah menangani wabak ini tidak membuatkan seseorang popular atau ianya menjadikan seseorang itu jijik atau kotor imejnya di kalangan masyarakat. Atau isu ini wajar didiamkan dan tak perlu diambil peduli. Sebagai seorang pemimpin masyarakat kita perlu ikhlas untuk memperjuangkan isu ini. Cubalah bayangkan jika ianya melanda keluarga terdekat atau jiran kita. Masyarakat perlu ada ilmu agar tidak wujud diskriminasi terhadap pesakit yang dah terlanjur menghidapinya.

Saya teringat bila seorang kawan saya cadangkan untuk mempengerusikan Persatuan Kesedaran AIDS Kota Belud. Dia selamba menjawab,untuk apa?Jijik...tiada untung,tiada kepentingan.Zaman ini orang berlumba-lumba nak jadi presiden itu ini,jawabnya.

Aku menoktahkan sahaja bicara itu kerana jika mahu popular,berceritalah prihal politik,Ekonomi dan suku kaum.