Monday, April 19, 2010
SEMINAR PIBG….. Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah, Hajah Maimunah Suhaibul telah merasmikan Seminar PIBG di Sekolah Kebangsaan(SK) Pandasan, Kota Belud,kelmarin(5 April 2010).
Dalam ucapan perasmiannya, Maimunah meminta ibu bapa dan guru-guru mengadakan permuafakatan untuk meningkatkan kualiti murid iaitu elemen pertama perhatian ibu bapa terhadap kebersihan anak-anak,elemen kedua,kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan ketiga mewujudkan persekitaran dan suasana yang aman damai di sekolah.
“Saya yakin SK.Pandasan akan melahirkan insan berkualiti jika ibu bapa dan guru memupuk persefahaman dan budaya bekerjasama,” katanya.
Maimunah juga meminta agar ibu bapa sekolah-sekolah di Sabah agar mencontohi SK.Ulu Labai,Limbang yang telah mewujudkan kerja berpasukan untuk memajukan sekolah walaupun sekolah tersebut terletak di pedalaman
Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud,Abdul Bahkrin Hj Mohd Yusof. Seminar tersebut diisi dengan ceramah “Peranan dan Tanggungjawab ibu bapa kea rah Kecemerlangan anak-anak” yang disampaikan oleh Hajah Ananglangka Mad Kassim daripada SMK Perempuan Likas.
Labels: HAJAH MAIMUNAH
Tuesday, April 6, 2010




GAMBAR ATAS : A.KARIM MENGABADIKAN KENANGAN BERSAMA ANAK-ANAK(KIRI) dan KELUARGA SAYA(SEBELAH KANAN)
Labels: SENI DAN BUDAYA
Friday, April 2, 2010
RAKYAT SABAH TURUT RASAI TRANSFORMASI PEMBANGUNAN PM
0 comments Posted by Norawi at 4/02/2010 11:39:00 PM
KOTA KINABALU : Belum setahun Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk kerajaan, rakyat di Sabah sudah merasai transformasi pembangunan Perdana Menteri ke arah menceriakan kehidupan rakyat di pedalaman.
Banyak perubahan dialami di seluruh pelusuk negeri baik di kampung mahu pun di pekan.
Di pantai utara Sabah, penduduk di Kota Belud yang terkenal sebagai ‘Pekan Koboi’ mengukir senyuman membayangkan nikmat pembangunan yang dirancang iaitu menaik taraf jalanraya ke kampung-kampung dan sekolah-sekolah di luar bandar.
Menurut Ketua Daerah Kota Belud, OKK Tungking @ Amirshah Kantiong, projek dalam anggaran RM30 juta itu dilaksanakan tidak sampai setahun pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Begitu juga dengan program agropolitan untuk membasmi kemiskinan, menjana ekonomi petani melalui jelapang padi di Kota Belud dan projek bekalan elektrik luar bandar.
“Melalui program turun padang dan Juara Rakyat yang dianjurkan Perdana Menteri menggerakkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk mengenal pasti permasalahan di peringkat akar umbi,” kata Tungking.
Labels: ISU SEMASA