Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, September 2, 2009


JAME ALIP (PENGARAH BSSK)

KOTA BELUD : Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah dapat menyemai semangat perpaduan di kalangan kaum di negara ini, kata Pengarah Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran, Jame Alip.

Menurutnya, berdasarkan kajian para pelajar yang mengikuti kegiatan kokurikulum dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan harian bersama rakan-rakan dari kaum yang lain dan secara tidak langsung perpaduan dapat diwujudkan.

“Pelajar yang tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan menumpukan kecemerlangan akademik semata-mata adalah pelajar yang tidak boleh bergaul mesra dengan rakan yang terdiri daripada berbilang kaum. Negara kita perlu mengekalkan perpaduan kaum yang bermula di alam persekolahan”,katanya

“Dia boleh menjadi pelajar cemerlang dalam akademik,tetapi tidak boleh memimpin dan saya khuatir negara tiada pemimpin pelapis yang berkualiti pada masa-masa akan datang”,katanya semasa merasmikan Kelab Unit Beruniform SMK Pekan Kota Belud di sini.

Jame mencadangan kepada sekolah-sekolah agar menjemput tokoh-tokoh pejuang sebagai tokoh tamu untuk menceritakan sejarah perjuangan dalam memerdekakan tanahair yang tidak semestinya dilaksanakan dalam bulan kemerdekaan semata-mata.

“Jika tidak pun jemputlah mereka untuk hadir semasa temasya sukan sekolah sebagai penghargaan kepada mereka yang berjasa kepada tanahair”,katanya.

Dalam pada itu, Jame berkata ,Kementerian Pelajaran juga sentiasa mengambil berat terhadap penglibatan para pelajar sekolah-sekolah luar bandar dan pihaknya sentiasa membantu untuk memperkasakan kegiatan kokurikulum dalam aspek kemudahan ,pengurusan dan tenaga pengajar.

“Bagi pelajar yang berminat untuk memasuki sekolah sukan ataupun sekolah seni bolehlah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah yang terdekat”,katanya.

1 Comment:

  1. Admin CCZ said...
    Satu cadangan dan pandangan yang cukup baik dan bernas. CCZ bersetuju bahawa perpaduan boleh diwujud dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan penghargaan kepada tokoh-tokoh yang berjasa melalui pendekatan yang disyorkan di sini.

Post a Comment