Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, September 2, 2009

MANTAN PENGARAH DBP SABAH-DATUK ISMAIL ABBAS MENINGGAL DUNIA

Sebentar tadi,Jam 5.15 petang saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya,Fadzil Hj.Mohd Jamil yang menyatakan Datuk meninggal.

"Siapa meninggal? Datuk...? aku terkejut mendengarnya.

"Datuk Ismail,adik nenek saya",katanya sayu.

Aku menarik nafas seketika. Fahamlah aku siapa yang dia maksudkan. Selepas itu aku minta dia pastikan betul-betul berita itu. Sebab nak beritahu kawan-kawan. Tak lama selepas itu aku telefon azrone dan naddin tapi saya maklumkan berita inipun tak pasti. Tapi berita disampaikan oleh cucunya,rakan sepejabatku yang juga Pegawai Kaunseling di PPD Kota Belud ( Fadzil Mohd Jamil ).

Tak lama lepas tu sdr.Naddin memaklumkan bahawa berita itu benar. Rasanya satu kerugian juga dengan saya kerana tak sempat menagabadikan gambar bersama Allahyarham. Kali terakhir kami berjumpa 2 tahun lalu. Beliau menggalakkan saya untuk terus menulis dan menggali seberapa banyak khazanah budaya di Sabah. Cuma satu sahaja permintaan Allahyarham yang tak sempat saya tunaikan iaitu menulis salasilah keluarga.

Allahyarham adalah seorang penulis/sasterawan yang aktif menghasilkan karya dalam pelbagai genre seperti puisi,cerpen dan novel. Novel Bogathon adalah sebuah novel yang menjadi tumpuan pengkaji sastera tanahair. Di atas kesungguhan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu, beliau pernah menerima Anugerah SEA WRITE AWARD daripada kerajaan Thailand iaitu anugerah yang berprestij di rantau Asia ini. Banyak perkara yang perlu diceritakan tentang Allahyarham,tapi tidak sempat di ruangan ini.

Kepada keluarga Allahyarham DATUK ISMAIL ABBAS,takziah diucapkan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH!

2 Comments:

  1. YANG GAMBI said...
    Salam,

    Al Fatihah buat Alayarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang solehah.....

    Takziah buat kelurga.
    Tudung Duang said...
    Alahyarham memang seorang pejuang bahasa yang tulin. Di peringkat lanjut usia pun beliau masih gigih berbakti terhadap bidang kesusasteraan dan kebudayaan di negeri Sabah.Jasa beliau memang tidak ternilai harganya...

    Al-fatihah...

Post a Comment