Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

Esok seluruh rakyat Malaysia menyambut hari merdeka bagi mengenang kembali peristiwa 31 Ogos 1957. Cuma mungkin sambutannya agak sederhana kerana faktor bulan Ramadhan dan penularan selesma babi. Namun bagi anak-anak yang lahir dalam tahun 1950-an,60-an,70-an masih merasakan suasana merdeka ini dengan penuh kejiwaan. Misalnya anak-anak yang lahir selepas merdeka,walaupun tak sempat melihat suasana ketika itu tetapi mereka faham. Ibu bapa mereka selalu menceritakan,apatah lagi matapelajaran sejarah masih penting di peringkat sekolah rendah ketika itu.

Saya berada di darjah 4 pada tahun 1980. Pada masa itu saya belajar sejarah sepenuhnya.Usia 10 tahun saya dah tahu sejarah Melaka,saya dah tahu perjuangan Mat Salleh di Sabah, saya dah tahu Sabah merdeka melalui Malaysia pada 1963. Sebelumnya lagi,Saya dah tahu Tun Mustapha,saya dah tahu Tan Sri Said Keruak berdasarkan penceritaan ibubapa dan guru-guru ketika itu. Guru-guru tidak mementingkan akademik semata-mata,tetapi mereka berjaya menerapkan kecintaan kepada tanahair. Mereka selalu menceritakan kesusahan orang dulu-dulu.

Dalam tahun 1977 sehingga 1982 kami dibawa berbaris di padang Pekan Kota Belud. Kami dibawa menengok wayang free iaitu tayangan daripada Jabatan Penerangan. Masa itu hanya orang-orang tertentu sahaja yang ada tv.

Tahun 2009,saya amat merasakan perbezaannya. Ibubapa macam saya tidak pernah menceritakan keadaan yang lalu. Mungkin juga saya selalu sibuk dengan tugas-tugas duniawi dan perkara-perkara lain yang menyebabkan saya terlupa. Anak-anak mempunyai banyak maklumat yang disebarkan melalui media(iklan dan sebagainya). Misalnya,anak saya,dia yang menceritakan kepada saya apa yang dia lihat di TV.

"Hari ni pak,dhiyyah dapat 2 ringgit. Dhiyyah dapat nombor 2,pertandingan mewarna bendera.

Terfikir olehku,memang budak-budak sekarang mahir melukis dan mewarna bendera. Tapi apakah mereka faham akan kesusahan bapa,nenek moyang mereka dulu-dulu.

Ada satu lagi cerita yang saya suka kongsikan di sini (berkaitan kepintaran anak-anak zaman ini).Suatu petang saya dihubungi oleh anak saudara saya dari K.K yang baru balik kampung iaitu di Kampung Taun Gusi. (saya sebenarnya tinggal di Taman Nikmat).

Budak itu memberitahu saya,neneknya pesan minta agar saya balik kampung untuk berbuka puasa di sana.Kedua, dia minta saya beli lauk-pauk untuk dimakan semasa berbuka kelak.Ketiga dia memberitahu saya, penyesalan mereka balik ke kampung kerana tiada air. Saya memberitahu dia, laungkanlah merdeka sebanyak 3 kali. Nescaya dalam beberapa minit kamu akan perolehi air.

"Pakcik tipu,pakcik bohong",katanya.

"OK lah nanti pak cik datang bawa air Bio Aura 5 gelen.beli satay 100 cucuk".

Lantas budak itu pun senang hati. Tapi dalam tersenyum dan gelihati, saya terfikir dan tertanya pada diri sendiri. Apakah kita pernah berani memberitahu pemimpin kita dengan perkataan yang diucapkan oleh budak hingusan itu. Budak sekarang lain. Itu masih budak,kalau remaja,tak tahu macamana jiwa mereka.

8 Comments:

  1. Ashley Ahmed said...
    Salam perjuangan,

    setuju, lupa sejarah adalah penyakit.
    SABAHKITA said...
    Salam Merdeka.
    Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 52. Semoga Maju jaya.
    YANG GAMBI said...
    Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi negara kita dari pengkhianat bangsa dan negara.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
    D'Rimba said...
    Salam merdeka, terima kasih sudi kunjung blog saya yang kian bersawang.......
    Anonymous said...
    Salam sdra Norawi..

    Semoga 1 syawal nanti tiada lagi masalah air di kg sdra...Kita sudah 52 tahun merdeka! bagaimana mencerap semangat kemerdekaan??

    Mencerap semangat merdeka ialah KEBEBASAN BERFIKIR DAN BERTINDAK! Mari kita raihkan tuntutan merdeka yang terhidang. Kita yang merdeka harus berada di persada..bukan hanya hadir sekadar nama...

    Salam kemerdekaan ke 52..
    1MALAYSIA
    pecinta_Islam said...
    selamat menyambut bulan kemerdekaan..yg penting semangat mesti ade
    :)
    Tudung Duang said...
    Salam sdra Norawi..

    Tiada air di kg Sdra? Mungkin kebetulan bah itu!..Kita sudah merdeka 52 tahun lalu..

    Kita lah kena didik anak-anak kita mengenali, memahami dan mengisi kemerdekaan..Mencerap semangat merdeka ialah KEBEBASAN BERFIKIR DAN BERTINDAK! Mari kita raihkan tuntutan merdeka yang terhidang! Kita yang merdeka harus berada di persada...bukan hanya hadir sekadar nama...

    Wassalam...
    MERDEKA!
    Admin CCZ said...
    Bagaimana mungkin CCZ dapat menandingi semangat saudara dan anak-anak saudara yang tetap cintakan negara walau dalam keadaan serba kekurangan. semoga keadaan di kampung anak-anak itu semakin baik. Ceritakanlah dengan lebih terperinci tentang kampung itu jika srda punyai masa.TQ

Post a Comment