Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, August 27, 2009

GAMBAR : WAJAH MARDHIYYAH YANG TENANG,SABAR MENANTI
SAAT BERBUKA PUASA




GAMBAR : SEBELUM SEMBAHYANG TERAWIH


Hari ini masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa. Tidak ketinggalan anak kecil bernama Mardhiyyah (7 tahun)yang setakat ini masih bertahan untuk menunaikan ibadah puasa. Mardhiyyah bersekolah di SK.Jawi-Jawi berazam untuk meneruskan puasanya sehingga 29/30 hari. Kelmarin 30 minit sebelum berbuka puasa Mardhiyyah dah duduk berdekatan dengan meja hidangan. Tak sabar-sabar lagi untuk minum.

"Dhiyyah mahu habiskan puasa 1 bulan,tapi bapa kena bagi duit 5 ringgit satu hari" pintanya secara manja.

Aku terdiam sejenak. Gelihati dengan telatah anak tunggalku itu.Jika tahun lepas dia berjaya puasa selama 10 hari sahaja kerana faktor dorongan,pujian dan wang.Tapi itulah adat resam kanak-kanak. Terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk mendorong mereka agar biasa menahan diri daripada lapar dan dahaga. Bagi saya, buatlah apa cara sekalipun untuk menambat hati kanak-kanak itu agar suka berpuasa. Jika tahun lepas Mardhiyyah selalu berpuasa setengah hari. Azan zohor dia berbuka puasa, selepas itu sambung lagi.

Menurut Mardhiyyah hanya puasa kanak-kanak sahaja yang boleh setengah hari,walhal dari segi hukum tidak ada pun istilah sedemikian. Dari mana dia dengar akupun tak tahu. Tapi tak kesahlah,puasa kanak-kanak kah,puasa bawah umurkah gelaran puasa tersebut,yang penting penyesuaian kepada golongan kanak-kanak itu amat penting untuk menanam minat golongan kanak-kanak untuk berpuasa. Seseorang yang tidak dilatih untuk berpuasa sejak kecil akan mengalami kesukaran untuk berpuasa dan dikhuatiri tidak minat berpuasa walaupun dah termaktub dalam rukun Islam (itu yang dibimbangkan).

Saya pernah ada pengalaman dengan seorang rakan (kisah benar) semasa sama-sama belajar. Rakan itu terus terang memberitahu saya, dia hanya mampu berpuasa penuh 3 hari daripada sebulan yang sepatutnya. Tapi dengan syarat 27 hari itu dia puasa setengahari. Maksudnya sebaik jam 12 tengahari dia boleh minum air segelas dan menghisap sebatang rokok sahaja dengan syarat tidak melebihi masa 30 minit.

"Puasa apa tu. Tak pernah aku dengar" kataku kepadanya.

"Kalau kau mahu tahu, inilah yang dinamakan puasa orang bujang. Ala,masa bujang aje begini.Bila dah kahwin 30 harilah",jelasnya.

"Mana ada dalam hukum",kataku

"Yalah, memanglah tak ada dalam hukum.Tapi sebagai persediaan sebelum berumahtangga.Daripada tidak puasa bagus puasa", katanya lagi.

Akupun bingung memikirkannya. Usia kami ketika itu dah 2o tahun. Takkan ketika itu baru nak latih diri untuk puasa. Tapi aku tak komen apa-apa. takut dia tergores perasaan.Aku tidak mahu kehilangan kawan.

"Pak,pak, macamana boleh bagi Dhiyyah duit puasa", tiba-tiba permintaan Mardhiyyah itu mematikan lamunanku terhadap kenangan dan kisah-kisah lalu.

Mardhiyyah menghamiriku. Aku memeluknya erat. "Nak, boleh tak bapa ganti duit tu dengan akuarium ikan", pintaku kepadanya.

"Horey! boleh pak. Sayang bapa". Mardhiyyah melonjak riang bila saya janji membelikannya akuarium,kerana saya tahu dia sangat berminat memelihara ikan hiasan. Di rumah banyak botol kosong jadi mangsa tempat menyimpan ikan.Tiap-tiap minggu,dia mesti membawa emaknya membeli ikan,sekurang-kurangnya dua ekor ikan hiasan yang saya pun tak tahu apa jenis dan nama ikan itu. Cuma yang terbaru,kura-kura kecil pun ada dibelinya.

"Mak,bapa nak belikan aku akuarium besar". Mardhiyyah memberitahu emaknya. Emaknya hanya tersenyum melihat telatah anak yang manja dan perlu dituruti kehendaknya.




2 Comments:

  1. TudungDuang said...
    Salam Sdra Norawi...

    Dunia kanak-kanak tidak seindah dunia orang dewasa. Dunia kanak-kanak penuh dengan kejujuran. Tapi dunia orang dewasa penuh dengan tipu-helah! Pembohongan terkadang menyaluti! Tanpa sedar mempersendakan agama, hukum dan syariat! Walau tanpa niat tapi jelas tersasar!

    Demikianlah si dewasa itu...pandanglah si kanak-kanak ( Mardiyyah ) betapa jurang akal fikiran jauh membezakan.

    Namun Allah S.W.T jua yang mengetahui segala-galanya...

    Wassalam....
    YANG GAMBI said...
    Salam,

    Keikhlasan beribadah hamba-hambanya, hanya Allah sahaja yang dapat menilainya, kita sesama hambaNya hanya dapat menilai dari sudut pemikiran dan pengelihatan kita, cuma jangan sesekali menyimpan syak wasangka.......

Post a Comment