Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 25, 2009


KERATAN AKHBAR HARIAN METRO : 17 OGOS 2009

Alangkah agungnya kasih dan cinta seorang isteri. Sanggup dilanda badai derita. Walaupun suaminya bersalah dan ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana positif dadah, namun beliau tak putus berdoa agar dipertemukan dengan suami tercintanya.

Itulah nasib sedih yang dialami oleh seorang wanita yang berusia 106 tahun seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro baru-baru ini. Wanita itu tinggal keseorangan sejak suaminya yang berusia 37 tahun ditahan oleh AADK kerana positif dadah pada 7 Julai lalu dan dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen),Sungai Besi. Suaminya akan mendapat rawatan pemulihan di Puspen tersebut selama dua tahun.

Membaca berita itu di Harian Metro, saya sangat bersimpati akan nasib wanita itu yang saya anggap sebagai nenek saya. Bayangkan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,beliau tinggal keseorangan.Siapakah lagi yang sudi membantunya memberi makan minumnya sehari-hari. Mudah-mudahan Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Agensi Antidadah Kebangsaan sudi menghulur bantuan kepada wanita berkenaan. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bersedekahlah. Jangan dipandang hina akan nasib yang menimpa seseorang seperti itu.

Masyarakat kita telah terlatih untuk membuat persepsi negatif dan atau tak ambil kesah dengan seseorang yang terjebak dalam kanca penagihan dadah. Apatah lagi jika seseorang itu isteri penagih dadah secara tidak langsung akan mengalami ketidak yakinan untuk berhadapan dengan masyarakat. Mereka longlai untuk menghadapi masyarakat dan lemah untuk meneruskan kehidupan harian seperti sebelumnya. Seolah-olah berlaku stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap mereka.

Sebagai anggota masyarakat,kita perlu memberi sokongan kepada mereka, dalam masa yang sama anggota keluarga yang terbabit janganlah terlalu menjauh diri atau terus merasakan dirinya tersisih. Dalam soal ini selalunya berlaku kesukaran dan halangan-halangan berkomunikasi di antara orang yang ikhlas membantu dan individu yang terjebak atau keluarganya,demikian juga sebaliknya.

Marilah kita meningkatkan amalan kebaikan di bulan mulia ini. Bantulah insan yang lemah, yang benar-benar memerlukan bantuan. Selamat berpuasa.-BERSAMBUNG

9 Comments:

  1. ntah laaa..... said...
    Bila agakya pentadbiran setidak2nya spt khalifah umar abd aziz akan kembali...
    wanita mutalib said...
    Abg Awi ~

    mmg benar...pandangan negatif bukan hanya tertumpu kepada si penagih dadah, bahkan isteri turut terkena tempias..

    tambah pula, nenek tersebut..
    mmg tabah beliau hadapi semua ini..

    kalau sesetengah orang, mahu ditinggalkan begitu saja..

    macam dalam harian metro baru2 ini..kisah wanita yang tinggalkan suami dan anak2 semata mata mengejar cinta orang muda dan dengan alasan si suami asik sakit..

    :)
    SABAHKITA said...
    Pernilaian keberkesanan pemulihan perlu dinilai dan diperhalusi. 37 tahun berada di Pusat Pemulihan tanpa result yang positif..bukan merupakan satu kejayaan.

    Kesedihan saya pertama kepada Ibu beusia 106 tahun. Teharu mengetahuinya.

    Kedua: kegagalan progam pemulihan ..37 tahun.. susah mau cakap. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Masalahnya kalu bahu tidak memikul tetapi turut memandang..
    YANG GAMBI said...
    Salam bro,

    Terima kasih respon di blog saya, salam persahabatan...
    Norawi said...
    Terima kasih saya ucapkan di atas pandangan anda semua. Moga kita diberkati selama-lamanya.

    Kisah lanjut mengenai pengorbanan seorang wanita akan saya tulis pada paparan akan datang.
    TudungDuang said...
    Agungnya cinta hakiki seorang wanita 106 tahun..SUARA HATI! suara hati seorang wanita...t.kasih sdra norawi paparan yang menyentuh ego saya seorang lelaki!
    TudungDuang said...
    Saya tunggu paparan 'Pengorbanan seorang wanita'..'Terkorbannya seorang wanita' ada kah?
    Abeli Rosli said...
    asalam buat abg awi.. serta pengunjung blog suara hati.. semasa abeli muda-muda dulu pernah juga dapat madah n massage dari teman2.. "cintakan bunga bunga kan layu.. cintakan insan mengecewakan.. cintai lah allah kerana cinta itu lah yang hakiki.." eh maca ustaz pulak abeli ni...
    Unknown said...
    sedih mengenangkan nasib nenek~

Post a Comment