Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 23, 2009

Malam tadi, selepas terawih(jam 10 malam) saya menerima undangan minum di restoran perdana melalui sms dari seorang rakan (D.d-panggilan manja).
Tanpa persoalan saya menerima undangan tersebut.

Sampai di restoran itu,saya rasa bersalah kerana D.d biasanya keseorangan,kini dikelilingi oleh ramai kawan terutama orang-orang politik.Sebelum ini,biasanya kami berdua sahaja yang duduk semeja kerana perbincangan lebih berfokus.

Tetapi saya tewas oleh keadaan,terpaksa duduk dikelilingi oleh orang-orang politik yang hebat-hebat belaka.Saya dan D.d hanya mengangguk sahaja dengan telatah seseorang yang kami anggap professor dalam penceritaan politik.

Tiba-tiba muncul seseorang.Langkahnya longlai dan bersahaja.Agak jarang saya melihat telatah orang tu sebelum ini.Beliau yang terkenal dengan sikap ramah mesranya,tiba-tiba bersikap bersahaja dan langsung duduk tanpa berkata apa-apa.Saya dan D.d hanya berpandangan mata.

"Minum datuk,tiba-tiba seseorang yang nakal mengajak dengan pujian.
"Kau saja harapan ni,OKB", kata seseorang lagi.

Dia diam seribu bahasa.Saya dan D.d tidak bertanya apa-apa.Mungkin juga D.d tertanya-tanya atas perubahannya itu.

"Kenapa kamu ini,dah kena senggugut kah?tanya seseorang yang lain pula.Usikan demi usikan dilakukan tapi dia tetap sabar dan bertenang,walaupun sebelum ini dia kadangkala boleh membuat keceluparan.

Tidak lama selepas itu,seseorang daripada mereka memanggil pelayan dan menunjuk beberapa meja untuk dikira.

"Berapa ni sayang.kira semuanya" arah seseorang yang nampak bergaya itu.

Tiba-tiba kawan itu menahan pelayan tu."jangan kira dulu dik,biar abang bayar".

"jadi macamanalah,takkan kamu bayar,kamu belum minum"

"Tak apalah,kamu jalanlah dulu,kami mau bercerita lagi ni",tegas kawan yang dikenali sebagai Pardan atau panggilan manjanya dan yang sebenarnya salah seorang AJK Umno Bahagian Kota Belud.

Sebaik kaki mereka melangkah,saya dan D.d pun ingin tahu kenapa dia terlalu diam ketika tu.Saya pun bertanya,kenapa dia langsung tak berkata apa-apa dan langsung tak mempertahankan diri.

"Kita minum balik.kamu minta saja apa kamu mahu.saya mau rojak daging ni." Tanpa berlengah lagi kami pun mengikut seperti apa dia order.

"Sebenarnya,saya mahu pahala di bulan mulia ini.Saya tak mahu cari bala.Ini bukan tempatnya dan masanya untuk berlawan cerita atau siapa pandai.kalau mau berbahas dalam gelanggang atau masa pemilihan.Ini bulan Ramadhan,bukan bulan politik.Saya kalau mahu berpolitik saya berpolitik betul-betul,kalau mahu tolong kawan,saya tolong betul-betul.Yang penting kita jangan tipu kawan.Macam sekarang ni musim puasa,saya puasa betul-betul.ini bukan time politik,cerita sana,cerita sini,aksen sana,aksen sini. Saya tidak cerita politik pun,orang dah tahu saya AJK Bahagian.Sekarang peluang saya untuk berbuat baik,ambil pahala. Ah...dah sampai pun rojak-makan....,makan,makan...,makan saja",ajaknya bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan.

Saya dan D.d sepanjang hujahnya tak menjawab sepatah pun kerana apa yang diceritakannya kami anggap fakta belaka. Kedua kami tak menjawab,kerana mungkin terlalu senang hati kena belanja rojak daging.

5 Comments:

  1. musli oli said...
    pardan tu memang hebat..tapi bercakap orang dibelakang atau ngelimut selepas orang beredar itupun dosa juga..
    Wanita Itu said...
    Alhamdulillah..

    bagusnya kawan abg tuh..

    semoga ramadhan ini ramadhan yang berkat buatnya dan untuk semua :)
    Abdul Maruf Ismail said...
    Saya selalu jalan2 d peka..bila Pardan bercakap,diam la kamu. Dia tahu semua tu.. Tapi tak tahu la mana bijak kami..hehe..tadi saya nampak dia duduk sorang2 kat kat tembok majlis daerah d depan Farmasi. Tiada pun kawan dia duduk, bermakna dia bukan AJK bahagian yang popular..haha (gurau)
    TudungDuang said...
    Ngamlah bah tu...
    Kita minta si Pardan (AJK bhgn yang popoular tu...) buat ibadah bnyak2, bersedekah setulus hati...jgn masa pemilihan saja 'bersedekah'....
    Jard The Great said...
    org kota belud ya?? sama ar.. ahaha.. salam ramadhan.. ntah2.. kenal bapa aku kot....

Post a Comment