Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 7, 2009

Saya mendapat berita sedih yang menyatakan 2 orang lelaki telah terkorban akibat dalam perlumbaan motorsikal di Kota Belud, Sabah semalam. Yang paling mengerikan mayat kedua-dua lelaki tersebut telah berkecai sehinggakan keluarga mangsa terpaksa mencari tangan dan anggota tubuh yang terputus. Saya difahamkan salah seorang daripada mereka dah berkeluarga dan mempunyai anak(tak pasti berapa orang). Menurut sumber itu lagi mangsa yang terlibat memang disyaki sebagai Mat Rempit dan kegiatan mereka itu bukan sekali dua dilakukan di jalan lintas KB-Kudat.

Tak sangka bahawa selama ini kegiatan Mat Rempit telah menjalar di Kota Belud. Mereka sanggup mempertaruhkan wang ringgit dan motorsikal semata-mata untuk mencari kepuasan. Kebanyakan mereka masih dalam lingkungan usia di bawah 30 tahun,maknanya kategori pemuda/belia. Bila difikir-fikir apakah yang mereka cari melalui kegiatan yang terang-terang merugikan seumpama itu. Dikatakan mereka dah ada mekanik khas yang boleh mengubahsuai kelajuan enjin dan menyelaras deruan enjin yang dikehendaki.

Mereka lebih gemar memulakan perlumbaan haram selepas tengahmalam(sekitar jam 12.oo tengahmalam atau jam 2.00 pagi). Tetapi mereka tidak sedar bahawa penghalang nombor satu jalanraya di Kota Belud ialah lembu dan kerbau. Kebanyakan kenderaan menjadi mangsa kerbau yang berkeliaran di kawasan jalan utama. Kerbau tidak akan menunjukkan isyarat jika nak melintas jalan,apatah lagi dalam keadaan gelap gelita dan kebetulan wajah kerbau yang hitam amat menyukarkan pemandu untuk membuat tekaan. Dah berulang kali kejadian seumpama itu,tetapi tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkenaan. Yang berkuasa hanya lembu dan kerbau di jalan-jalan utama yang menghubungkan Kota Belud dan Kudat atau Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Berbalik kepada kegiatan merempit, seolah-oleh belia kita dah ketandusan idea yang boleh disumbangkan kepada negara. Mereka mungkin minat dalam perlumbaan,tetapi saluran tak betul. Ataupun tiada sebarang kegiatan bermanfaat yang disediakan buat mereka,atau mereka tidak terfikir ruang kerja yang perlu mereka ceburi,atau tiada pihak yang memberi perhatian kepada mereka,atau tidak dipedulikan lagi, atau mereka tak perlu dibimbing dan dipimpin lagi atau mendekati mereka mendatangkan kerugian dan buang masa,atau tiada sumber pendapatan lain yang dapat mereka buat melainkan bertaruh wang,bertaruh nyawa,atau itulah sahaja yang mereka tahu,atau masyarakat dah memandang rendah kepada mereka,atau keluarga,ibu bapa dan jiran tetangga dah menyampah dengan mereka,atau tiada pihak yang membantu,atau biarkan sahaja,atau..........atau..........,atau.........?

8 Comments:

  1. Farrawati Sabli said...
    Menurut sumber, mangsa meninggalkan 5 orang anak..kesian anak2 yang ditinggalkan..mendengar lagi kematian bapa mereka yang begitu tragis..berkecai..S.E.D.I.H..gejala merempit ini tidak boleh dibiarkan berlaku di Kota Belud,malah di mana2 pun..lebih2 lagi mereka memadam lampu ketika merempit..huh, ini minda kelas ke berapa??please..please..belia..fikirlah keluarga..isteri..dan anak2..sayang sekali masa muda dipersia-siakan..~fs~
    SABAHKITA said...
    Kesihan mereka ini. Sebenarnya mereka bukan miskin harta. Barangkali bermasalah peribadi. Bila nasi sudah jadi bubu, sesalpun tiada faedah.

    Pengajaran dan iktibar dari peristiwa ini perlu ditingkatkan..

    Salam Suara Hati.
    azrone said...
    Sian jomo ni denakan?
    Norawi said...
    Farra,terimakasih kerana bantu beri penjelasan senario yang berlaku dalam blog ini buat tatapan semua.bertambah ngeri pula aku..

    Sabahkita,terimakasih kerana sentiasa berkunjung ke blog suara hati.Diharapkan keluarga perlu memantau kegiatan anak2 dan ambillah iktibar dan pengajaran ekoran kejadian ngeri ini.

    Denakan Azrone,dah lama tak dengar berita.tkasih atas penampilan baru.ala..salah seorang dpd mereka kita kenal rapat keluarganya di jawi-jawi.
    wanita mutalib said...
    salam nuzul quran bang awi..

    masalah mat rempit nih memang masalah berterusan...

    nak kata takda perhatian dari pihak tertentu, tak jugak, sebab perkara ni pun, dah banyak diberi perhatian..

    kekadang, letak pda diri sendiri juga..kalu diri sendiri pun takda kesedaran, susah juga..

    umah saya dikampung, letak nya ditepi jalan besar..

    tiap2 malam, mat2 ni merempit...

    kadang2 ayah saya yang tua tuh terpaksa keluar menjeri pada mereka..

    kekadang risau juga keselamatan ayah..
    takut dihentak pula oleh mat2 rempit nih..
    ASNI1972 said...
    Semua pihak harus ambil serius benda ni terutama ibubapa.pantauan perlu setiap-masa atau buat saja litar khas..boleh juga mereka mimpi jadi champions negara
    Tudung Duang said...
    Demikianlah belia, lelaki dan motor!
    Mencari membina kehebatan di jalanan yang tidak menjanjikan keuntungan..

    Para ibu bapa perlulah memerhati gejala ini terhadap anak-anak..

    Pelajar sekolah, menengah dan rendah di ceruk-ceruk kampung menunggang motosikal tanpa lesen..laju, ketawa ria dengan aksi-aksi yang membahayakan..CISS! bangunlah para belia! Tinggalkan gejala ini! Berbuatlah sesuatu untuk keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara..
    NURILMA DALILA said...
    Patut tak Majlis Fatwa mengeluarkan hukum mengenai merempit ?

Post a Comment