Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 5, 2009

GAMBAR KENANGAN BERSAMA TUAN HJ.MADRI AKONG DI LADANG IKAN BELIAU DI KAMPUNG AMBONG, KOTA BELUD,SABAH.


Saya diminta oleh Ketua Biro Bernama Sabah,En.Newmond Tibin untuk mencari sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk ditemubual untuk dimuatkan dalam fail Hari Raya. Syaratnya seseorang itu boleh menceritakan kesusahan dalam era baru merdeka dan kemajuan yang dikecapi kini. Sebaik-baiknya juga individu yang mewakili golongan nelayan bermula dengan kehidupan susah sehinggalah mengecapi kesenangan berkat usahanya di negara merdeka ini.

Selain itu,bos saya minta saya kaitkan dengan hari kemerdekaan dan jika boleh seseorang itu telah menyumbangkan sedikit bakti kepada masyarakat.

Secara tidak langsung, saya teringatkan Hj.Madri Akong. Pertama saya dah memang telah maklum ketokohannya, kedua senang dihubungi dan tidak cerewet ketika berurusan. Hari Jumaat, Jam 8.00 pagi saya menghubunginya dan menyatakan hasrat tersebut. Tanpa membuang masa, dia membawa saya ke ladang ternakannya yang berpangkalan di kampung Ambong, Kota Belud. Dipendekkan cerita,saya sempat mengabadikan gambar kenangan bersama beliau di samping itu beliau sempat bersedekah sempena Ramadhan iaitu memberikan saya sotong 1 kilo.

Tuan Hj.Madri yang berusia 59 tahun, terkenal dengan semangat sukarela dan masih aktif dalam berpersatuan. Saya amat kagum dengan semangat beliau yang banyak terlibat dalam aktiviti pembangunan kemanusiaan melalui persatuan,umpamanya Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Sabah, AJK Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) cawangan Kota Belud, Timbalan pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) cawangan Kota Belud, Yang Dipertua Perniagaan Bumiputera Kota Belud, Pengerusi Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) dan banyak lagi.

Apa pun semua itu dilakukan kerana minat beliau terhadap kegiatan kemasyarakatan. Semalam, beliau menjemput saya untuk hadir Majlis berbuka puasa sempena merai kanak-kanak Kurang upaya(OKU) di pejabat PDK berhampiran Pekan Kota Belud. Saya sungguh terharu dengan usaha beliau yang prihatin dengan kanak-kanak kurang upaya ( down sindrom,autisme,hyperaktif).

"Jika kita tidak peduli mereka siapa lagi", katanya.

Saya fikir, moga lebih ramai lagi individu,persatuan/pertubuhan yang dapat membantu golongan OKU seumpama itu. Setidak-tidaknya,ganjaran di dunia kita tidak perolehi,mudah-mudahan di akhirat kelak kita mendapat ganjaran yang lebih baik.

Semoga lebih ramai lagi belia di Kota Belud yang dapat mengikut jejak perjuangan Hj.Madri untuk membantu masyarakat dari segi sosial, pembangunan kemanusiaan dan sebagainya.BERSAMBUNG

4 Comments:

  1. Tudung Duang said...
    Tn.Hj Madri memang seorang tokoh sukarelawan yang disegani di daerah Kota Belud..

    Seorang yang mudah mesra cepat ramah dengan setiap lapisan masyarakat di Kota Belud..Saya pernah duduk semeja minum2 kopi dengan beliau. Beliau bersemangat menceritakan cabang yang bagaimana kita boleh membantu Kota Belud untuk maju. Teruskan sdra Norawi untuk mengetengahkan insan seperti Tn. Hj Madri..
    Admin CCZ said...
    CCZ kagum dengan Norawi dan kawan-kawan. begitu banyak aktiviti yang memberi penghargaan kepada individu-individu yang berjasa kepada masyarakat walaupun untuk dimuatkan dalam blog yang mungkin terhad pembacanya. Sekurang-kurangnya CCZ boleh mengambil langkah yang sama. Kalau bukan kita menghargai jasa mereka, siapa lagi..Walaupun mereka tidak minta dikenang. Sesungguhnya, banyak yang CCZ dapat dari blog saudara.
    Norawi said...
    T.kasih buat sdr tudung duang dan ccz.saya pun amat menghargai pandangan sdr. berdua.penghargaan dan tkasih yang tak terhingga kerana sentiasa mengunjungi blog yang simple ini.
    watasikadi said...
    satu cara penghargaan yang sangat baik dari tuan tanpa mengira sempadan politik. cara inilah salah satu contoh satu malaysia tuan. satu langkah yang boleh memperkenalkan tokoh tempatan kepada anak muda yang gemar melayari internet.

Post a Comment