Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 24, 2010


Tatkala minum seorang di kedai kopi,saya didatangi oleh seseorang. Secara bersahaja aku mengajaknya minum. Aku melihat wajahnya yang muram semuram langit petang. Kedatangannya memberi satu inspirasi kepadaku untuk berkarya tapi bukan untuk menulis banjir besar di Kota Belud atau di mana-mana.Bukan,aku tertarik melihat wajah sepinya yang diselebungi kabut masalah.



Dah 5 minit dia bersamaku.Aku memandangnya,dia memandangku. Kami sama-sama terdiam,tanpa bicara tanpa suara.


"Malam tadi aku bermimpi." Perlahan-lahan aku memulakan bicara. Tapi dia hanya memandangku dengan sepinya. Tapi aku nak juga meneruskan percakapanku walaupun kosong baginya.


"Malam tadi aku mimpi seorang bidadari menangisi pemergianku ke negara jiran. Mungkin aku silap kerana memberitahu bidadari itu tentang pemergianku untuk berjuang ke sana." Suasana semakin sepi tapi raut wajah seseorang itu menampakkan rasa ingin tahunya yang begitu mendalam terhadapku.


"lalu....." hanya itu kalimat yang diucapkannya.


"Aku bukan pergi untuk selama-lamanya,aku ingin berjuang. Untuk berapa tahun aku tak pasti. Tapi aku ingin berjuang untuk menyenangkan hati masyarakat di negara jiran."


"Berjuang.Menyenangkan hati masyarakat di negara jiran?" bagaikan bebola api mata seseorang itu memandang tepat ke anak mataku. Aku tak mampu menentang raut wajahnya serta matanya. Aku bagaikan terbakar.
-BERSAMBUNG

2 Comments:

  1. Seliu Liu said...
    catatan perjuangan yang senada perjuangan kami membela rakyat tertindas di laluan kudat bypass.
    kemunculan siti farhana wee abdullah di tengah-tengah keperitan hidup rakyat kehilangan sawah dan ditenggelami banjir amat membanggakan kami.
    kemunculan siti bukan mitos tapi legenda.
    wanita mutalib said...
    sambung lagi uncle..

Post a Comment