Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 15, 2011


Baru-baru ini hangat diperkatakan tindakan Polis DiRaja Malaysia Cawangan Kota Belud yang rajin menyaman pemilik kenderaan yang tidak meletakkan kereta di petak parking. Tindakan tegas anggota polis tersebut menjadi perbualan di kalangan kakitangan kerajaan dan pemilik kenderaan di daerah Kota Belud yang berpendapatan rendah. Tahniah kepada anggota polis yang giat mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan yang gagal membayar cukai jalan(road tax) dan pelbagai kesalahan lain. Sekurang-kurangnya saman itu dapat menyedarkan masyarakat bahawa betapa pentingnya mengikut peraturan dan undang-undang.

"Dah 22 tahun saya bawa kereta,tak pernah saya alami pengalaman kena saman begini", kata seorang teman kepada kami ketika sembang-sembang sambil minum kopi di sebuah gerai kampung dalam daerah Kota Belud.
"Kenapa?, rakan yang lain bertanya. Saya hanya diam menjadi pendengar yang setia ketika itu.
"Saya nak beli keperluan dapur dan berusaha mencari parking hampir setengah jam.pusing keliling aku tak dapat parking,akhirnya aku berhenti,parking sekejap di depan pejabat Majlis Daerah Kota Belud kerana singgah sekejap di kedai Ghulam. Tak sampai minit selepas itu saya keluar dan dapati ada saman diletakkan di keretaku", jelas teman itu.

"kau memang salah,terima ajelah.Siapa suruh kau parking di tempat yang tidak dikhaskan", sampuk seorang teman lagi.
"Aku nak parking di mana lagi, aku dah puas pusing keliling tak jumpa.Aku kesal kerana tiada sebarang amaran atau nasihat. nah...aku rancang nak beli buku budak,nah apa boleh buat, habis bah duit aku bayar saman",katanya dengan nada kecewa.

Jika anda seorang pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi,tak kah peka terhadap keluhan permasalahan seumpama itu? Saya secara peribadi memuji usaha PDRM cawangan Kota Belud dalam usaha mengeluarkan saman. Tapi harus diberi penerangan tujuan saman itu dikuatkuasakan. Semasa menulis makalah ini,saya agak kabur maksud saman atau tujuan saman itu sebenarnya. Cuma saya hanya meneka saman itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat atau pun pengguna jalanraya akan pentingnya peraturan dipatuhi. Sekurang-kurangnya seseorang yang dikenakan saman atas kesalahan di jalanraya akan sedar dan tak akan mengulangi kesilapan tersebut dan tak melanggar peraturan itu sewenang-wenangnya.

Kedua,kita harus sedar bahawa kesesakan di Kota Belud harus dipandang serius oleh pihak berkuasa. Rungutan masyarakat atau rakyat perlu dipertimbangkan,misalnya dalam situasi di atas,teman tersebut mencari tapak parking dan dalam masa yang sama anggota PDRM mencari kesempatan untuk mengeluarkan saman. Apakah tidak ada sebarang nasihat yang dikeluarkan,apatah lagi jika seseorang itu berpendapatan di bawah RM600 atau di bawah garis kemiskinan?? Mari kita fikirkan bersama kerana di Kota Belud terlalu bermasalah dari segi kesesakan lalulintas di kawasan pekan. Apatah lagi jika ada program atau majlis-majlis rasmi kerajaan, kereta terlalu banyak sehinggakan tidak ada kawasan parking yang kosong. Mari kita selesaikan masalah ini. Pihak berwajib seharusnya memberi fokus terhadap pembinaan kawasan parking yang lebih luas atau strategik dalam pekan KB. Terlalu asyik membina bangunan kedai sehingga terlepas untuk memberi fokus terhadap pembinaan tapak parking.

Sehubungan dengan kes saman ini,saya teringat kisah di bangku sekolah. Guru Besar menyampaikan amanat di perhimpunan rasmi,biasanya hari Isnin. Di antara yang ditegaskan ialah murid-murid hendaklah mematuhi peraturan sekolah,jika tidak guru disiplin akan mengambil tindakan dan denda kepada murid berkenaan. Demikian juga halnya dalam kelas,murid tidak boleh bercakap bahasa ibunda masing masing seperti Bajau,Iranun dan KadazanDusun melainkan Bahasa Malaysia sahaja yang boleh dipertuturkan. Guru bahssa atau Ketua panitia bahasa akan mengenakan denda 20 sen terhadap murid yang bercakap bajau. Demikian juga halnya bila tiba minggu Bahasa Inggeris,murid-murid diwajibkan berbahasa Inggeris sesama mereka dan bersama guru-guru.

Jika kita hayati pernyataan di atas,jelas menunjukkan denda yang dikenakan kepada murid tersebut bukanlah sebagai penganiyaan atau deraan tetapi guru dapat menanamkan nilai-nilai murni kerana berjaya mendidik murid. dalam erti kata lain dendaan di situ membawa konsep mendidik terhadap anak murid. Nilai didikan seedemikianlah seharusnya kita pupuk kepada generasi kita, bukannya saman yang tidak memberi kesedaran,tetapi sebagai deraan terhadap pemilik dan sekaligus masyarakat di Kota Belud.

0 Comments:

Post a Comment