Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 25, 2011

SAYA DAN SAHABAT LAMA,HAIRUL SALLEH(KANAN)

MAKAN MALAM DI SEMPORNA

Dalam kunjungan saya ke Semporna untuk bercuti dengan keluarga,saya sempat bersama seorang sahabat lama,Hairul Salleh. Kami pernah sama-sama belajar di Maktab Perguruan Kent Tuaran.Kenangan yang tidak dapat dilupakan bersamanya ialah berbuka puasa bersama-samanya selama sebulan di bulan Ramadhan di mana semasa menunggu azan maghrib ada di antara rakan-rakan kami yang tidak sabar mahu makan. Ada di antaranya makan awal sebelum waktu maghrib. Alasan mereka matahari dah terbenam. Bermacam-macam cerita yang dapat kami imbas kembali dan memang menyeronokkan.

Hairul yang bertugas di SK Bubul semporna mempunyai jadual ketat, terpaksa mengorbankan masanya bersama saya dan keluarga untuk makan malam. Semasa makan saya hairan kerana dia makan ikan panggang sahaja,manakala udang rebus dan lain-lain makanan tidak disentuhnya. Konon nak jaga kesihatan.

Saya memberitahunya,saya tidak dapat berpantang untuk meraikan kawan walaupun doktor dah mengesahkan saya mengandungi kolestrol yang tinggi.

"Bagus kamu makan oat",katanya.
"Aku ni bukan setakat makan oat,tapi makan ubat yang diberi doktor. makan sebiji sehari", kataku.

Hairul memang maklum,bahawa kolestrol memang pembunuh senyap.Selalunya,orang kelihatan sihat tanpa sebarang tanda. Sebab itulah paling baik bagi seseorang yang ada kesedaran kesihatan,perlunya pemeriksaan darah setiap enam bulan sekali. Kos pemeriksaan khusus untuk kolestrol hanya RM25 sahaja.

Bukan takut mati,tapi kesedaran awal amat penting bagi mengetahui status kesihatan sebenar. Terlanjur bercerita pasal penyakit,Hairul memberitahu kami,ada seorang kawannya suka meminum minum tin yang bergas.Dah menjadi amalan kawannya itu,pagi,petang sehingga malam dan tidak semestinya selepas makan.

"Baik selepas makan atau pun di sekolah, kawan saya itu suka minum minuman bergas. Akhirnya badan menjadi kurus. Saya ingat dia ada masalah jiwa. Rupanya bila buat pemeriksaan doktor,beliau disahkan menghidap kencing manis.".

Menurut Hairul,walau bagaimanapun ada satu minuman tin yang ada faedahnya untuk diminum di saat seseorang mengalami sakit perut dan cirit birit. Bagi yang mengalami cirit birit,boleh mencuba minup SPRITE.
"Pada mulanya saya tak percaya.Tapi saya dah cuba,memang betul", kata Hairul.

Tapi apapun,bagi saya kesihatan adalah harta yang sangat bernilai di dunia ini. Tanpa kesihatan kenikmatan hidup tidak dirasa.Apalah gunanya berkereta mewah,berumah besar jika nikmat kesihatan tidak dirasai. Sesungguhnya bicara saya dan Hairul merupakan bicara yang memberi makna. Bagi kakitangan perkhidmatan awam yang ingin memilih opsyen 60 tahun,utamakanlah kesihatan kerana kesihatan yang baik menjadi penentu kepada kecemerangan tugas.

0 Comments:

Post a Comment