Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 25, 2011









Semasa bercuti di Tawau,saya bertuah dapat bertemu dengan seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun(pra sekolah) yang merupakan anak kepada sahabat lama isteri saya,Cikgu Zainab yang bertugas di SMK Kuhara,Tawau. Di awal pertemuan,saya hanya nampak kenakalan seorang kanak-kanak. Tetapi saya amat tertarik dengan budi bahasanya yang suka menghormati orang tua dan sikap yang suka membantu isteri saya mengangkat barang-barang yang dibeli. Semasa emaknya mengajak kami ke pasar Tawau,Haikal menawarkan saya untuk menjaganya di dalam kereta bersama kakaknya dan anak saya,Mardhiyyah.

"Pakcik,jagalah kami di sini", katanya.
Saya tahu naluri sorang kanak-kanak yang suka bermain sesama sendiri.

Cikgu Zainab menemani isteri saya membeli ikaan masin dan udang kering di Pasar Tawau,manakala saya terpaksa melayani kerenah Haikal bersama kakaknya dan Mardhiyyah di dalam kenderaan emaknya. Kemesraan seorang anak terpancar di wajahnya apabila berkali-kali cuba memelukku sambil mengajukan pelbagai pertanyaan.

Saya dan Haikal sempat bergambar bersama semasa di kediaman mereka. Memang saya perhatikan dia seorang anak yang muda mesra dan tidak menghampakan permintaan saya untuk mengabadikan gambar kenangan bersamanya. Sepanjang pengalaman saya,bukan mudah untuk mengajak kanak-kanak seusia Haikal untuk bergambar bersama. Tapi Haikal mudah menerima pelawaan,malah sempat menunjukkan aksi menarik di depan kamera.

Semasa kunjungan kami ke Bukit Tengkorak,Haikal sentiasa meminta saya untuk mengambil gambar.

"Marilah kita naik pakcik!,pakkcik ambil gambar saya,pakcik.Jomlah pakcik!". Sepanjang menaiki tangga hingga ke stesen 3 Bukit Tengkorak,Haikal tak serik menyapaku.

Haikal ternyata seorang anak yang cerdik dan dalam masa yang sama mudah mesra dengan sesiapapun. Saya tak sempat bertanya kepada Haikal akan cita-citanya pada masa hadapan. Cuma saya beranggapan Haikal akan menjadi seorang anak yang berbakti kepada orang tua dan negaranya. Sesungguhnya kecerdikan anak seperti Haikal boleh dididik menjadi pemimpin pelapis kerana merekalah yang mewarnai generasi masa hadapan dan seterusnya.

Haikal boleh menjadi pemimpin rakan sebaya dan di dalam lingkungan kanak-kanak seusianya. Haikal harus diasuh dan dimotivasikan menjadi warga yang berguna kerana ciri-ciri kecerdikan sedemikian amat diperlukan oleh generasi seterusnya. Kita tidak mahu generasi akan datang rosak dan porak paranda akibat kemiskinan nilai kemanusiaan di dalam diri. Pembangunan fizikal harus diseimbangkan dengan pembangunan rohani seseorang manusia. Negara akan hancur jika mengabaikan nilai-nilai pembangunan insaniah.

Sesungguhnya,amat beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak seperti Haikal. Mungkin juga ada anak-anak di luar sana yang cerdik dan berbudi bahasa seperti Haikal. Oleh itu mereka perlu dijaga sebaiknya dan diasuh untuk menanam sikap suka membantu dan berbudi bahasa. BUDI BAHASA AMALAN MULIA.

Perpisahan dengan Haikal menjadikan saya manusia sepi, namun terfikir untuk melihat kejayaannya suatu masa kelak jika dizinkan oleh-NYA. InsyaAllah...

0 Comments:

Post a Comment