Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 18, 2011


Tulisan ini terpaksa diulang kembali kerana mendapat massalah teknikal(terpadam semasa diedit). Jika penulisan sebelum ini,saya menyentuh tentang peranan pemimpin politik dan artis,kali ini saya mencabar badan/persatuan yang bertanggungjawab dalam kegiatan pengembangan bahasa dan sastera Melayu khususnya di Sabah. Selalu ditanya oleh budak hingusan,apakah peranan sastera dalam masyarakat. Saya hanya menjawab untuk penyuburan minda masyarakat, di samping untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Cuma jika dikaji,memang masih wajar penggiat sastera boleh membaca sajak dan mengadakan kegiatan sastera di ruang lingkup sendiri. Cuma tidaklah sesuai jika terlalu kerap sedemikian,kerana dikhuatiri sastera hanyalah kegiatan bersuka-suka yang hanya menghabiskan waktu,membazir wang dan syok sendiri. Kita tak sanggup persepsi buruk masyarakat terhadap sastera. Penganut sastera perlu faham kehendak mazhab yang lain dan sastera addalah alat untuk menyuntik kesedaran dalaman setiap insan. Sastera adalah agen perubahan dan pendorong kepada pembangunan kemanusiaan sejagat kerana kebergantungan terhadap pembangunan fizikal semata-mata akan menyebabkan kehancuran sesebuah negara.

Kelompok sastera/pejuang sastera perlu memikirkan dan turut sama bertanggungjawab memikirkan gejala sosial. Tugas orang sastera dan penulis kreatif dalam pelbagai genre ialah menulis sesuatu tentang remaja yang terlanjur rosak akhlak(misalnya) dan bagaimana memberi kesedaran kepada remaja itu untuk kembali ke pangkal jalan. Penulis juga perlu masuk ke dalam jiwa penagih dadah,pesakit aids,pesakit Thalesemia dan anak-anak malang seperti anak yatim.

Jika sebelum ini, A.Samad Said telah masuk ke dunia pelacuran,melalui Salina dan novel itu diiktiraf oleh masyarakat dan negara luar. Apa kata jika penulis di Sabah cuba mengangkat HIV/Aids yang kesepian dalam pengkaryaan. Mungkin karya anda akan diangkat sebagai sebuah karya terbaik di rantau Asia Tenggara khususnya dalam negara.

Kegiatan harus diubah caranya. Jika sebelum ini penyair membaca puisi di hadapan khalayak sastera umpamanya di tepi-tepi pantai,apa kata acara baca puisi dibuat di pusat serenti sekaligus memberi bimbingan kepada remaja penagih dadah untuk menulis puisi. Secara tidak langsung mereka tidak rasa diabaikan.

Pejuang sastera di Sabah khususnya perlu memandang berat akan derita dan sepi pesakit Aids. Bukankah setiap kebaikan itu mendapat pahala daripada Allah. Jika sastera mahu mencari keberkatan dan perjuangan dianggap murni di sisi masyarakat, saya rasa tidak salah untuk mengubah cara yang telah menjadi kebiasaan selama ini.

Persatuan dan badan sastera yang bertanggugjawab dalam perkembangan bahasa dan sastera di Sabah perlu juga memberi informasi kepada masyarakat. Di samping itu melaksakan kempen Hiv/Aids termasuk mengadakan seminar atau acara baca puisi diselitkan dengan pameran HIV/Aids dan kesan buruk penyalahgunaan dadah.

Selain itu, saya juga mencabar penggiat teater di Sabah agar mengadakan pementasan berkaitan derita dan kesepian pesakit Aids. Sehubungan itu sakrip drama pelu dilahirkan. Apa salahnya semasa pementasan,badan-badan lain yang bertanggungjawab keepada Aids diminta untuk mengadakan pameran yang memberi ilmu tentang penularan wabak ini di samping gambar-gambar simtom Aids. dalam hal ini sastera dapat membantu pesakit Aids agar tidak didiskriminasikan oleh masyarakat. Sebaliknya mereka perlu dibantu dengan rasa insaniah yang tinggi kerana kehidupan mereka harus diteruskan bersama masyarakat. Di samping itu masyarakat harus menganggap derita yang telah dialamai oleh pesakit sebagai takdir dan dalam masa yang sama perlu ada rasa insaf untuk membantu keluarga agar bebas daripada wabak itu.

Saya rasa badan penulis dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan sabah(DBPCS) perlu menganjurkan peraduan menulis skrip drama/teater bertema Aids di samping genre sastera yang lain. Disyorkan juga karya yang baik akan mendapat hadiah yang lumayan dan boleh mengangkat martabat penulis dan orang sastera itu sendiri. Dengan adanya karya seumpama itu,sekurang-kurangnya penggiat sastera akan dihormati oleh masyarakat dan diharapkan kerajaan akan memberi dana yang besar terhadap program-program sastera. Tapi apa pun yang dilakukan,perlu dianngap sebagai satu ibadah.

0 Comments:

Post a Comment