Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 18, 2011

Penyanyi Faizal Tahir terlibat secara langsung dalam aktiviti amal mengutip dana bagi Skim PAL (Positive Audacious Living), iaitu sebuah program memberi bantuan perubatan kepada warganegara Malaysia berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan HIV.


Faizal Tahir sebagai duta Skim PAL, Faizal menggesa orang ramai memberi sokongan kepada skim bantuan ini. Apatah lagi orang yang hidup dengan HIV memerlukan kos yang tinggi untuk ubat-ubatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Gambar Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS Dalam Aktiviti Amal Kutip Dana
Gambar Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS Dalam Aktiviti Amal Kutip Dana

Rawatan antiretrovirus HIV adalah pendekatan klinikal yang dapat mengurangkan muatan virus HIV di dalam tubuh badan manusia. Rawatan ini adalah amat berkesan serta mampu memberikan peluang kedua kepada mereka yang hidup dengan HIV untuk meneruskan kehidupan yang normal dan produktif.

"Rawatan ini melibatkan kos yang amat tinggi dan setiap preskripsi ubat-ubatan ini boleh mencecah sehingga beribu-ribu ringgit. Halangan ini telah menyebabkan ada di antara mereka yang hidup dengan HIV terpaksa melepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

"Adalah amat tidak adil untuk kita semua berpeluk tubuh dan membiarkan mereka yang hidup dengan HIV bergelut dengan dilema ekonomi demi mendapatkan ubat-ubatan yang mampu menyambung nyawa mereka," kata Faizal melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Yayasan Aids Malaysia kepada media.

Sambil menyifatkan mereka yang hidup dengan HIV sebagai rakan-rakannya, Faizal Tahir menyeru supaya anda semua untuk turut tampil menghulurkan sumbangan kepada Skim PAL dengan cara melayari laman web www.saveyourpal.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut, silalah hubungi Yayasan AIDS Malaysia di talian 03-40451033.

0 Comments:

Post a Comment