Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 17, 2011

Pada 1 Disember lalu,telah diisytiharkan Hari AIDS. Pihak-pihak yang bertanggungjawab terlalu risau akan peningkatan wabak ini setiap tahun. Kita juga sewajarnya perlu risau. Rakyat Kota Belud perlu risau,pemimpin Kota Belud perlu risau akan penyebaran wabak ini yang sudah tentunya perlu ditangani bersama.

Dalam konteks Malaysia untuk menuju negara maju seharusnya semua pihak perlu untuk tahu dan ingin tahu. Memang difahami nama pesakit AIDS perlu dirahsiakan tetapi statistiknya tidak wajar dirahsiakan. Apa yang penting mereka yang terkena wabak ini perlu tabah dan anggap ini suratan takdir,namun usaha perlu dilaksanakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Kempen harus dilaksanakan jika kita mahu daerah sebagai penyumbang kepada kemajuan negara secara keseluruhannya.

Semua pihak harus memikirkan kemajuan kemanusiaan kerana negara akan berhadapan dengan kemalapan sinar kepimpinan jika AIDS melanda generasi masa depan. Bagi saya ini merupakan bala yang Tuhan tunjukkan,namun demikian usaha harus dilaksanakan. Tak perlu meletakkan sepenuhnya usaha ini kepada Jabatan Kesihatan, sebaliknya kesedaran pemimpin masyarakat dan rakyat di kampung harus disuntik. Jangan anggap penduduk bandar aje yang terlibat dengan wabak ini,tapi orang kampung pun terlibat sama.

Masyarakat tidak seharusnya diajar taksub dengan material,kemewahan dan pembangunan fizikal semata-mata lalu mengabaikan pembangunan nilai kiemanusiaan. Jika masayarakat miskin hati dan ilmu pengetahuan dan jika kemewahan telah menakluki segala-galanya,maka dikhuatiri Sabah khususnya Malaysia akan berhadapan dengan krisis kemusnahan dan nilai kemanusiaan. Apakah kita harus memilih materialistik untuk mengatasi segala-galanya. Kita seharusnya perlu bimbang,pendidik bimbang,pendakwa bebas harus bimbang,orang-orang agama harus bimbang,pemimpin juga harus bimbang. Sanggupkah anda melihat kemusnahan demi kemusnahan yang berlaku di sekitar anda, sedangkan anda sangat mewah dan dalam masa yang sama anda berhadapan dengan kemelaratan orang lain. Mungkin juga mereka itu sahabat anda,jiran dan tidak mustahil keluarga anda? Ingatlah ini merupakan fardhu kifayah bagi kita semua.

Dalam konteks kota Belud,kita tidak perlu memandang remeh terhadap perkara ini. Isu sosial seperti lepak,syabu dan seks bebas harus dipandang serius. Harapan kita adalah untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memanfaatkan hidupnya demi nusa. Masyarakat perlu diberi ilmu mengenai AIDS. Pertama,ilmu untuk mencegahnya,(macamana boleh berjangkit dsb) kedua untuk mengelakkan diskriminasi masyarakat terhadap pesakit AIDS. Biasanya pesakit yang telah mula dikesan tidak mendapat layanan seperti manusia lain oleh masyarakat kerana sepatutnya mereka pun perlu meneruskan sisa-sisa kehidupan dan ada hak untuk meneruskan kehidupan. Tetaapi jika masyarakat tidak menerima mereka dan tanggapan buruk yang berlaku menyebabkan mereka rasa terpinggir.

Dalam bicara saya yang terlalu ringkas ini,bolehlah dirumuskan betapa pentingnya memberi ilmu kepada masyarakat tentang AIDS. Masyarakat perlu ada ilmu,Apa itu HIV/AIDS. Selain itu pentingnya diadakan majlis ilmu seperti seminar dan sebagainya di mana para pemimpin juga turut serta mendukung program dan usaha berterusan itu. Akhir sekali,masyarakat seharusnya tidak meminggirkan pesakit HIV/AIDS kerana penyakit ini tidak berjangkit melalui sentuhan umpamanya bersalaman. Sebab itulah ilmu AIDS perlu ada bagi seseorang individu atau kelompok masyarakat itu sendiri. Sehubungan itu,saya rasa sudah tiba masanya (dalam konteks Kota Belud)kita melahirkan pemimpin dan NGO untuk program kesedaran AIDS. Persoalan saya,siapakah yang sudi menawarkan diri sebagai Yayasan AIDS Kota Belud.

0 Comments:

Post a Comment