Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 11, 2009

Sehari selepas berita disiarkan melalui radio, akhbar tempatan dan laman http://www.bernama.com/ mengenai SMK Tambulion jadi sekolah pelancongan di Sabah, saya di tanya dengan beberapa soalan? betulkah itu?benarkah tu?Siapa yang datang?Pengarah Pelajaran ada datangkah?Datuk Normah ada umumkah? Saya tak faham samada mereka yang bertanya itu mempertikai tentang kelayakan sekolah itu ataupun tidak, kerana bagi saya mereka tak bersalah untuk bertanya. Bagi saya,lebih banyak pertanyaan lebih baik untuk mempercambah minda.

Tiada yang mustahil, jika pun SMK Tambulion jadi sekolah pelancongan suatu masa kelak. Cuma kesungguhan semua pihak amat perlu untuk merelisasikannya.Seorang rakan dari luar daerah memberitahu saya: saya rasa geli hati dengan berita itu. Saya tanya,kenapa?

"Macamana saya tak gelihati bila berita penuh SMK Tambulion dibaca sebagai pelancongan untuk program-program dadah dan sudut sumber pendidikan pencegahan dadah? Setahu saya sesebuah tempat pelancongan ini ialah lokasi yang menarik dan mempunyai lanskap yang indah lain dari yang lain. Kenapa di Kota Belud tiada tempat pelancongankah? Tapi ini lain pula,baru pertama kali saya dengar pelancongan untuk program pencegahan dadah? kata sahabat saya itu.

Saya hanya tersenyum sahaja,masih belum boleh mengulas terhadap perkara yang menggelikan hatinya itu. Biar persoalan itu akan menjadi kenyataan suatu hari kelak. Cuma yang saya tahu SMK Tambulion kerap kali dilawat oleh sekolah-sekolah di dalam dan di luar daerah yang ingin berkongsi maklumat mengenai bahaya dadah. Demikian juga Institut Perguruan Kent dan Jabatan Pelajaran Perak yang akan melawat dalam tempoh terdekat ini. Mereka tidak hanya mencari maklumat dalam buku semata-mata tapi mereka yakin sesuatu pembelajaran itu menjurus kepada praktikal seperti kewujudan sudut sumber dadah SMK Tambulion yang mewakili Jabatan Pelajaran Sabah hingga ke peringkat kebangsaan.

Siapa sangka sekolah yang pada awalnya tidak dikenali menjadi kunjungan agensi luar. Satu-satunya sekolah di antara 209 buah sekolah menengah yang disebut di Sabah. Menurut pengetua sekolah Hj Mad Amin Mad Yusof, sebelum orang mengenali SMK Tambulion ramai rakan guru menyangka ianya terletak di Tambunan. Tapi selepas sekolah dapat merealisasikan impian kementerian, nama sekolah dikenali bukan sahaja di luar Kota Belud malahan hingga ke negeri-negeri di semenanjung.

Persoalannya adakah kelayakan SMK Tambulion sebagai sekolah pelancongan hanya tinggal sebagai suara hati sahaja? Pihak-pihak berkenaan juga harus buat peranan,bukannya main peranan. Akibat terlalu bermain dengan peranan jalanraya ke sekolah tersebut masih berhabuk dan berdebu. Mungkinkah itulah yang menggelikan hati orang bila disebut sekolah pelancongan kerana lokasinya di dalam hutan, jalanraya berdebu, berhabuk dan batunya sebesar genggaman penumbuk. Ataupun perkara kedua yang menggelikan hati mereka kerana pelancongan dikaitkan dengan program dadah?

8 Comments:

  1. Unknown said...
    syabas dan tahniah kepada SMK Tambulion, yang dulunya tidak dikenali langsung oleh masyarakat luar dan dalam, kini menjadi perhatian dan tumpuan, malah akan menjadi persaingan hebat oleh 208 buah sekolah yang lain yang masih belum mencatatkan sejarah dalam semua bidang diperingkat Kebangasan khususnya di sudut/lorong/Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa)

    Saya berpendapat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(PKM) tidak sebodoh itu, memilih SMK Tambulion mewakili Jabatan Pelajaran Sabah ke Pertandingan PPDa peringkat kebangsaan, sekiranya ada laporan salah seorang daripada pelajar itu didapati menagih dadah oleh polis, atau sebaliknya.

    Apa yang penting, biarlah kita rakyat sabah khususnya warga dibawah Jabatan Pelajaran sehati sejiwa memberi sokongan moral kepada SMK Tambulion, yang telah terpilih merealisasikan visi KPM semua sekolah bebas dadah menjelang 2012.

    "mereka yang mempersoalkan rezeki SMK Tambulion itu, sama seperti orang yang punyai panyakit penagih dadah, tidak ingin melihat masyarakatnya maju dalam kebaikan menjadi contoh, tetapi budayanya masih lagi dijajah oleh pemikirn katak dibawah tempurung.

    Apa kata, kita rakyat Malaysia Sabah ini, berusaha menanamkan budaya seling bantu membantu diantara satu sama lain dan tumpanglah kejayaan kepada SMK Tambulion yang telah mencatat sejarah diantara 209 buah sekolah dalam sudut sumber pendidikan pencegahan dadah, bukan pula meneruskan budaya katam.

    ingin juga saya selitkan kejayaan SMK Tambulion itu telah mendahalui sekolah lain, merealisasikan slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Rajak, iaitu 1 Malaysia, Rakyat Didahuluikan dan Pencapaian Diutamakan.
    Norawi said...
    Terima kasih di atas sokongan dan pandangan sdr.Imanuel.Sebenarnya KPM menggalakkan semua sekolah untuk mewujudkan sudut/lorong atau bilik sumber ppda.tidak semestinya sekolah tersebut ada kes penyalahgunaan dadah.Buat Sdr Imanuel serta rakan-rakan,teruskan saja memberi komen serta idea.Saya amat menghargainya.
    Unknown said...
    paparan menarik..tahniah. saya akan memberi komen dalam isu yg lain, terima kasih
    Seliu Liu said...
    Denakan Norawi - Semoga menjadi bloggers yang mampu menjadi wadah perjuangan masyarakat
    Norawi said...
    Denakan Musli dan denakan Azrone,terima kasih di atas sokongan.Terima kasih buat sdr2.yang melawat blog ini.
    Mad Amin said...
    Terima kasih Imanuel, kejayaan ini adalah komitmen semua warga SMK Tambulion. kami akan terus berusaha menyedarkan anak didik kami terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. kami tak mahu anak-anak kami gugur kerana dadah. pengiktirafan tidak penting yang utama mesej kami sampai membantu KPM.
    TudungDuang said...
    Sdra Norawi....
    Tahniah atas kelahiran blog sdra.
    Saya percaya sdra mampu merubah
    pembaca melalui mata pena sdra
    yang tajam...
    Unknown said...
    apa yg penting ialah komitmen smk tambulion dalam menjayakan sudut PPD tersebut. pasal pelancongan 2... saya rasa tambulion merupakan satu tempat yang menarik. cuma jalan yang menujuk ke sekolah itu sahaja yang tidak menarik.....ok...

Post a Comment