Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, August 14, 2009

JUMAAT,JAM 5.20pm- Saya menunaikan janji bertemu kawan lama di restoran mayang sari, Kota Belud kerana katanya ada bisnes menguntungkan yang dia nak kongsikan. Kawan lama saya tu dah mampu pakai kereta Prado King walaupun baru 6 bualan menceburi bidang itu. Dalam perkongsiannya dengan saya, beliau aktif menjalankan bisnes yang beliau katakan multi level marketing (MLM).

"Awak tak mau dapat RM15 ribu sebulan?"
"mau, mau. Siapalah tak mahu jika pendapatan mengalahkan gaji", jawabku ghairah.
"nah kau tengok ini.lumayankan", katanya sambil menunjukkan cek berjumlah 15 ribu ringgit.

Menurut kawan lama saya tu, perniagaan tersebut boleh dilakukan secara sambilan oleh kakitangan kerajaan mahupun di sektor swasta. Menurut kawan saya tu prinsip perniagaan ialah 3D(diam-diam duit). Tapi sayang pertemuan terlalu singkat (hanya 40 minit sahaja). Akhirnya, saya berjanji untuk memikirkan perkara itu terlebih dahulu kerana ada komitmen lain.

Persoalannya sekarang, saya tiada ilmu dalam bisnes apa lagi yang diistilahkan dengan MLM ini. Bagi saudara-saudaraku yang mungkin berpengalaman saya pulangkan soalan ini. Mungkin ada di antara saudara yang berjaya, ataupun sedang melaksanakan bisnes ini. Bagaimana cara? Tolonglah beri pendapat dan tips untuk berjaya atau sebaliknya!

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    Perniagaan MLM adalah satu perniagaan yang sudah alam bertapak dalam dunia perniagaan di seluruh dunia. Perniagaan MLM bukan skim cepat kaya atau pelaburan internet sepertimana difirkan oleh segelintir masyarakat.Walau bagaimana dalam era globalisasi kebanyakan MLM sekarang diuruskann melalui online. Dalam dunia perniagaan MLM ini ramai yg kecundang dari yang berjaya, ini disebkan perniagaan MLM ini memerlukan komitmen yang tinggi dari segi masa untuk menghadiri sesi ceramah motivai untuk pemantapan ilmu dalam MLM selain dari mengorbankan masa yang banyak untuk bertemu klien. Beza MLM dan skim cepat kaya ialah MLM mempunyai produk yang dijual manakala Skim Cepat Kaya / Pelaburan Internet tidak mempunyai produk. Contoh - contoh syarikat MLM: AMWAY, UPTREND, USANA, dan beribu - ribu lagi yang lain. Kebanyakan MLM ini berasal dari luar negara. Jadi persoalannya MLMM ini mampukah menjamin masa depan kita atau mampukah MLM ini menjadi satu sumber pendapatan kita ianya hanya terpulang dengan minat, komitmen, dan ilmu dalam MLM kepada setiap indvidu yang menceburi dalam dunia perniagaan MLM. Tetapi perlu diingatkan di luar sana sudah ramai yang telah berjaya dalam perniagaan MLM. Sekian.

Post a Comment