Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 28, 2009


Agak lama juga saya tek menulis dalam paparan ini. Oleh kerana kesibukan sambutan AidilFitri,maka saya tangguhkan untuk update paparan ini. Bagi saya perayaan Hari Raya tahun ini cukup sederhana tapi cukup bermakna khususnya kepada rakan-rakan yang ada sanak saudara dari jauh yang berkunjung ke rumah.

Saya tak ada buat rumah terbuka secara rasmi. Kawan selalu tanya,bila rumah terbuka kamu?
"Datang saja ke rumah,tak ada penetapan rasmi", kataku kepada mereka yang bertanya.

Bagi saya itu lagi bermakna kerana kita dapat mengeratkan hubungan di antara satu dengan yang lain apatah lagi dengan saudara yang jauh dan tak pernah kita temui. Jika dibuat rumah terbuka secara rasmi pergaulan tidak dapat dilakukan(pandangan saya). Cuma dapat makan-makan sahaja. Sebab apa saya katakan demikian,kerana rumah terbuka secara rasmi yang sempat saya perhatikan,lepas makan,balik

Saya ambil contoh,seorang rakan datang ke rumah saya(di Taman Nikmat)satu keluarga dan dalam masa yang sama sepupu ketiga kali saya datang bersama keluarganya. Apa yang saya perhatikan perhubungan bertambah erat dan mudah mengenali di antara satu dengan yang lain dan kemesraan mudah dirasai. Tidak berlaku kelam kabut dalam pengurusan layanan dan masa. Keluarga senang berinteraksi di antara satu dengan yang lain.

Cuba bandingkan rumah terbuka secara rasmi yang mengundang beratus tetamu yang hadir,apa bezanya. Apatah lagi alunan muzik digemakan terlalu kuat di samping yang lain asyik melihat bakat-bakat baru dalam nyanyian karaoke. Walau bagaimanapun kedua-dua perkara yang saya nyatakan itu,masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sama-samalah kita memikirkannya.

Di hari yang mulia ini,saya rasa belum terlewat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. TERIMA KASIH KERANA ANDA SENTIASA MENYOKONG BLOG SUARA HATI.

4 Comments:

  1. Suhaimi said...
    Tahniah Norawi...lama tidak bercakap dengan anda...

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

    Suhaimi Mohd Mohtar
    Sri Aman , Sarawak.

    p/s: suatu hari pasti saya mahu ke rumah anda di sabah..sudah lama saya ingin ke sana, untuk jumpa Zainorain, Zack dan teman-teman yang lain. terkenang IBMM
    Norawi said...
    Salam Suhaimi,

    Rasa senang hati saya tidak terhingga dapat bertemu sahabat lama.Tolong bagi no.hp dalam paparan ini atau sms di no 013-5589696
    tip tyco said...
    Salam. Mawi(nama manja ini lebih dahulu muncul sebelum fenomena Tsumawi), saya harap blog ini bakal jadi tempat pertemuan kita rakan-rakan KSPK Kesusasteraan Melayu 2001 di IBMM. Selain mengeratkan kembali silaturahim, dapat membugarkan jiwa sastera yang semakin layu.
    Hasraslin Aziz said...
    salam tuan..kenali saya d http://ubiquexrer.blogspot.com mungkin anda kenal salah seorang d slide saya... slmt bkawan n join follow kat situ tuan..

Post a Comment