Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 14, 2009


JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PIBG PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

Penulis buku politik dan penggiat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)yang tidak asing lagi, Musli Oli adalah di antara Penceramah Jemputan untuk menjayakan Seminar PIBG Peringkat Daerah Kota Belud yang akan diadakan pada 22 Oktober ini bertempat di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud ( Kampung Botung ). Selain itu Musli juga lebih dikenali sebagai penulis blog di kalangan rakan-rakan di Malaysia

Secara ringkasnya, saya mengenali Saudara Musli sejak tahun 1991 melalui guru besar sekolah saya ketika itu yang merupakan guru sejarah saya ketika di sekolah menengah,iaitu Cikgu Alkesah Bidin. Saya memang ada terbaca akhbar watan di mana sdr Musli merupakan salah seorang penulis yang sentiasa memberi komenter dalam ruangan akhbar tersebut. Tetapi sayang, saya belum mengenali wajah beliau ketika itu.

Tapi apapun saya amat mengkagumi Musli kerana sikapnya yang terlalu simple,tidak cerewet dan mudah diajak berunding. Semasa saya menjemput beliau sebagai penceramah (melalui SMS) dengan bersahaja beliau menyatakan tiada masalah,saya sukarela dan ikhlas. Sebab itulah, melalui mesyuarat pelaksanaan seminar tersebut yang diadakan petang tadi, dengan rasa bersemangat saya mencadangkan beliau sebagai salah seorang penceramah semasa seminar tersebut yang saya rasa boleh memberi sesuatu perkongsian ilmu. Sidang mesyuarat bersetuju tanpa sebarang bantahan. Beliau dijangka akan menyampaikan ceramah berjudul- PIBG: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN MENANGANI GEJALA SOSIAL REMAJA. Sesungguhnya banyak perkara yang perlu diselongkar dalam diri saudara Musli dan ianya perlu dimanfaatkan.

Dalam komenter saya melalui blog SEKALI KETUK, saya ada menjelaskan bahawa betapa pentingnya mengangkat seseorang yang mempunyai ilmu kerana membudayakan ilmu itu adalah segala-galanya. Jika kita menghormati seseorang yang berilmu, maka suatu masa generasi seterusnya akan dapat mengikuti budaya tersebut. Janganlah seseorang itu dihormati kerana harta yang bertimbun-timbun atau janganlah seseorang itu disanjung apabila tiada lagi di muka bumi ini. Kemahiran yang ada pada Musli perlu dikongsikan. Dalam konteks Kota Belud, beliau adalah orang kita,jika bukan kita siapa lagi? Sesungguhnya saya masih sedar akan keujudan Musli di daerah Kota Belud. Saya dapat merasai kepentingan sumbangannya untuk Kota Belud.

Mungkin ramai lagi yang perlu ditonjolkan, tapi masa terlalu singkat. Jika diberi waktu,ada tokoh lain lagi di daerah Kota Belud yang perlu dijemput untuk kita kongsikan segala pengalaman dan ilmunya.

6 Comments:

  1. Unknown said...
    salam sdra, InsyAllah saya akan hadir dan berkongsi pengalaman dengan PIBG Kota Belud.
    watasikadi said...
    jadikan PIBG di setiap sekolah sebagai PIBG yang boleh dicontohi. ibubapa harus disedarkan tentang pentingnya pendidikan. seminar seperti ini amat berguna kepada PIBG. tapi kalau bruce lee tahu uncle musli bagi ceramah mesti dia marah. apapun ambillah apa yang positif demi anak bangsa kota belud dan pemimpin masa hadapan kita.
    Unknown said...
    Saudara,

    Jam 2.00 petang begitu, saya duduk minum dengan seorang rakan yang memegang jawatan pengerusi PIBG di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Belud. Beliau menceritakan ceramah yang di sampaikan oleh saudara Musli dalam seminar pagi tadi. Kononnya ceramah Saudari Musli mendapat perhatian dikalangan yang hadir, namun masih ramai yang mempertikaikan esei yang diedarkan kepada yang hadir menyatakan ibubapa Kota Belud hanya 10% hingga 15 % sahaja yang melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibubapa.
    Di katakan hanya satu data yang tidak betul dan dianggap mengada-ada. Semua yang hadir tertanya-tanya dimana saudara Musli mendapat data tersebut. Kalau ianya merupakan andaian ianya tidak sepatutnya menyatakan dalam jumlah yang begitu rupa. Tetapi memadai ianya merupakan andaiannya semata-mata berdasarkan pemerhatianya sahaja.
    Seperkara lagi dalam memberi contoh beliau menjadikan bangsa sikh sebagai bangsa yang mengamalkan Fardu Kifaya. Beliau dengan tidak sengaja menidakkan agama Islam sebagai satu cara hidup yang paling sempurna berbanding dengan agama yang lain.

    Apa pun disedari atau tidak terserahlah kepada sesiapa yang sempat membaca tulisan esei Saudara Musli yang disampaikan dalam majlis itu untuk membuat penilaian.
    Unknown said...
    Salam Watasikadi,

    Saya dengar saudara Musli memberi ceramah ikut suka hati dia sahaja. Dia bilang 10%/ 15% sahaja ibubapa di Kota belud yang memikulkan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. banyak ibubapa yang marah.

    Kemudian menjadikan orang Yahudi dan bangsa Sikh sebagai contoh terbaik untuk diikuti. iiiiiissssssss..
    tak patut sebagai orang islam merendah-rendahkan ajaran agama Islam dengan membandingkannya dengan orang Yahudi dan Bangsa Sikh.
    Unknown said...
    dalam ceramah, saya mengambil pengalaman nilai-nilai dan budaya bangsa Sikh sebagai contoh bukan agama mereka. begitu juga bangsa Yahudi. Dulu, bila Tun Mahathir melancarkan Dasar Pandang Ke Timur, ramai juga mendakwa tak perlu pandang ke Jepun dan Korea kerana ajaran Islam sudah complete sebagai Addin. sebenarnya Islam tidak dipertikaikan atau dketepikan tetapi mempelajari ilmu dan budaya bangsa dan kaum lain itu juga tuntutan dalam Islam "menuntut ilmu sehingga ke negeri China".

    Saya ambil contoh kejayaan kaum Sikh dalam pendidikan dan langsung tidak terlibat dengan masalah displin dan jenayah.

    Kenapa? nilai-nilai dan budaya kaum itu yang menjadi contoh yg baik. Bukan bermakna kita menerima agama mereka. sebaliknya kita mempelajari nilai mereka yang baik dan boleh dijadikan amalan. Kaum Sikh mempunyai hubungan rapat dan saling kerjasama. mereka percaya jika ada dikalangan kaum mereka menjadi peminta sedekah, seluruh kaum itu akan berdosa.

    Saya menjangkakan ada soalan ttg statistik mengenai 10-15% ibubapa yg ambil tahu mengenai anak mereka utk perbincangan dalam sesi soal jawab tetapi nampaknya tidak dicabar.

    Maklumat saya perolehi daripada guru-guru sekolah di KB yang memberi anggaran hanya 10% sahaja yang benar-benar ambil tahu, selebihnya menyerahkan tanggungjawab itu kpd pihak sekolah. Itu adalah anggaran guru-guru yang menjawab sms saya. Mungkin mereka salah dan saya amat berharap ada angggaran baru yang lebih tepat sesuai dgn senario masalah displin pelajar di daerah Kota Belud. salam MO
    Unknown said...
    Salam saudara Norawi dan Saudara Musli,

    Sebagai seorang Islam seharusnya kita tidak mengambil model agama lain atau bangsa lain untuk dicontohi dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini. Apabila kita mengakui bangsa orang lain itu lebih baik dari bangsa kita yang menganuti agama islam serupa juga kita mengakui bahawa agama Islam lebih rendah berbanding dengan agama lain. Apabila ini menjadi pegangan kita, ditakuti nanti akidah kita sebagai orang islam akan terpesong, justeru itu saya mengambil iktibar dalam isu ini supaya kita hendaklah menjadikan agama Islam itu sebagai tauladan dan panduan kita sepanjang masa.

    Saudara Musli mereka yang selalu memperkatakan isu seperti ini adalah mereka yang cetek pengetahuan dalam agama islam. Sedangkan Allah mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang sebaik-baiknya berbanding dengan agama lain yang ada di dunia dijadikan cara hidup kita sepanjang masa. Sebenarnya bangsa yahudi dan sikh yang saudara Musli jadikan contoh itu sebenarnya lebih dahulu mengamalkan ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran berbanding dengan orang islam itu sendiri, sebab itu mereka memiliki pencapaian hidup yang lebih baik dengan bangsa Islam yang sudahlah tidak mematuhi ajaran Islam diburukan lagi tidak mengkaji dan mendalami isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran.

    Kalau saudara menjadikan contoh Dr Mahathir itu sebagai alasan menjadikan Yahudi dan Sikh sebagai bangsa yang berjaya kerana beliau menjadikan bangsa Jepun dan Korea sebagai rol model semasa pemerintahannya melalui dasarnya Pandang Ke Timur. Sebenarnya saudara sudah terpesong kerana Allah hanya menyatakan bahawa Al-Quran, Nabi Muhammad Swa, Hadis dan Ijmah Ulama sahaja yang layak dijadikan rujukan dan bukannya Dr Mahathir seorang insan yang lebih kurang sama dengan saudara Musli dalam pegangnya dalam Islam.

    Ingatlah saudara dalam apa semua tindakan yang kita lakukan, kita hendaklah menyedari bahawa setiap apa yang kita lakukan hendaklah bebas dari kesasatan dan terpesong dari hokum syarak yang di tentukan oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi saudara kononnya seorang penulis bajau Kota Belud yang dikenali di Malaysia.

    Wasalam.

Post a Comment